BAB 33

2K 65 1
                                    

Disebabkan hari ini hujung minggu Aaira menemani Dhia dan Irfan membeli barang untuk majlis perkahwinan mereka.

Ye lah,takkan nak biarkan Dhia dan Irfan berdua-duaan kan tak manis lah bila orang pandang nanti.Hilang seri bila nak kahwin nanti.

"So,Dhia awak nak pergi beli apa dulu?"

"Hmmm...kita beli barang hantaran dululah"

"Okay,let's go!"

Penat Irfan melayan karenah Dhia yang sangat cerewet untuk membeli barang.

Nasib kau lah Irfan dapat bakal isteri macam Dhia ni.Well,aku tak kisah sebab aku dah biasa teman Dhia ni shopping.Balik je shopping dengan Dhia comfirm esok kaki cramp.

"Dhia,takkan awak tak jumpa lagi kasut yang awak suka? Dah nak masuk enam kedai dah kita pergi ni."

"Saya tak berkenan lagi lah,Irfan.Dekat sini kan ada banyak kedai.Kita pusing je lah satu mall ni sampai jumpa kedai yang saya suka."

"Nak pusing satu mall ni?" Haih jawabnya memang pengsanlah Irfan kalau nak pusing satu Pavillion ni.

"Yelah...Aaira dengan saya memang dah biasa.Pusing satu mall ni no hal lah." kata Dhia sambil berjalan ke arah satu kedai.

Irfan memandang Aaira dengan muka terkejutnya.Ditambah pula dengan mata terbeliaknya apabila mendengar statement dari Dhia tadi.

Aaira hanya menunjukkan sahaja muka selambanya.

"Get ready,Irfan.Rasanya awak dah boleh standby koyok kot." Aaira memberi peringatan pada Irfan.

Setelah beberapa jam Dhia memusing satu mall tersebut akhirnya dia jumpa juga barang yang sesuai dengan pilihan hatinya.Haih memilih betul kawan aku sorang ni.Kesian En.Tunangnya melayan karenahnya.

"Yes! Finally  dah settle dah semua barang hantaran kita!" Irfan menghela nafas lega apabila Dhia sudah selesai memilih barang hantarannya.

"Hmmm...saya masih rasa tak puas hati lagi lah."

"Apa lagi,sayang? Kan semua barang kita dah beli." hilang serta merta wajah girang dia wajah Irfan tadi.

"Hmmm...next time kita pergi lagi sekali lah."

"Mampus aku." Irfan bermonolog sendiri.

"Apa awak cakap?" Dhia kurang jelas tentang apa yang dicakap oleh Irfan tadi.

"Tak ada apa.So,apa kata kita pergi makan dulu?" Irfan mengajak mereka makan.

Seketika kemudian telefon Irfan berbunyi.

"kau dekat mana ni,Irfan?"

"Kita jumpa dekat kedai makan je lah.Tempat biasa kita makan."

"Okay."

Irfan menamatkan panggilan tersebut.

Irfan kembali ke tempat duduknya semula.

"Sorry,lambat bro.Aku ada hal sikit tadi." Hairi yang baru sahaja muncul di kedai makan itu membuatkan Aaira dan Dhia terkejut.

"It's okay.Takpe.Duduklah dulu."

Hairi mengambil tempat di sebelah Irfan.Sempat dia mengerling ke arah Aaira.

"Tak bagitahu pun yang En.Hairi nak join sekali." Dhia mengajukan soalan pada Hairi.

"Saya yang ajak dia.Kita kan nak fitting baju harini.Alang-alang tu kita beli lah baju pengapit sekali."

"Ouh,ye tak ye juga kan.Aaira kau jadi pengapit aku tau.Pasal baju kau tak payah risau.Semua aku dan Irfan yang sponsor."

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now