BAB 21

2.5K 81 0
                                    

Wahai jantung janganlah berdegup kuat sangat takut nanti En.Hairi dengar yang aku tengah nervous gila ni.

Hairi membalut luka Aaira dengan penuh berhati-hati.Hairi berada sangat dekat dengan Aaira sehingga Aaira tidak boleh bernafas.Jantungnya berdegup dengan laju sekali.

Aaira memberanikan dirinya untuk memulakan bicara.

"Saya minta maaf pasal semalam sebab marah En.Hairi tak tentu pasal." Akhirnya dapat juga aku minta maaf dengan dia.

Tapi kenapa dia diam je? Dia tak nak maafkan aku ke? Dia masih marah lagi ke?

"En.Hairi maafkan saya ke tak?" Aaira bertanya pada Hairi.

"Okay,dah siap." Hairi mengemas semula kit tersebut dan berdiri untuk menuju ke biliknya.

"Saya dah minta maafkan? Kenapa En.Hairi masih marakan saya lagi?"

Hairi menghentikan langkahnya.

"Sebab apa awak marah saya semalam?" Dingin sahaja suara dan reaksi wajahnya.

Aaira hanya mendiamkan diri sahaja.Shoot! Apa yang aku nak cakap ni? Takkan nak cakap aku cemburu? Apa pula En.Hairi fikir nanti?

"Kenapa diam? Tak ada jawapan? Awak yang beriya sangat nak minta maafkan tadi? Kenapa tak nak bagitahu sebabnya?" Hairi mendekatkan diri pada Aaira.

Aaira bergerak selangkah ke belakang.Tolonglah jangan datang dekat.Janganlah buat jantung aku ni meletop.

Makin lama Hairi semakin dekat dengan Aaira.

"Saya cemburu! Saya tak suka tengok En.Hairi dengan Dahlia semalam!" Hairi menghentikan langkahnya.Aaira berlari dengan selajunya meninggalkan Hairi di pantri itu.

"Sengal! Gila! Apasal lah kau pergi bagitahu dekat En.Hairi yang kau cemburu? Apa pula dia fikir nanti? Boleh je aku bagi alasan lain tadi." Aaira mengetuk kepalanya berkali-kali.Disebabkan mulut badan binasa.

Memang masak aku ni! Macam mana kalau En.Hairi fikir lain? Mesti dia ingat aku ni tak professional bila bekerja.

"Dah siap ke dokumen ni?" Hampir tercabut jantung Aaira apabila Hairi datang secara mengejut di mejanya.

"Er...baru siap separuh."

"Kertas yang saya suruh awak fotostat tu mana?"

"Alamak! Saya lupa nak amik!" Aaira menepuk dahinya.

"Ss..saya pergi dulu ,eh." Aaira berjalan kesana kemari.Aduh apa yang aku buat ni?

"Awak nak pergi mana ni? Jalan keluar dekat sana tu." Hairi menunjukkan jari telunjuknya ke pintu keluar.

"Sss..sorry tak perasan." Apa yang kau tak perasannya ni Aaira.Asallah aku bodohkan diri aku depan En.Hairi tadi.

Hairi tergelak melihat telatah Aaira.

"Tahu pun kau kelam kabut." Hairi masuk semula ke biliknya.

Betul ke apa yang aku dengar tadi? Aaira cemburu? Tapi kenapa? Takkanlah di suka dekat aku.Aaira....aaira kenapalah kau buat aku keliru ni.Kau buat hati aku tak keruan tahu tak?

Kalau betullah kau sukakan dekat aku pun, apa sebenarnya perasaan aku pada kau Aaira? i'm curious about my feeling for you.Aku tak nak nanti hati kau terluka apabila dah mengenali aku.

"Apasal lah aku ni pelupa sangat?" Aaira menyambung semula kerjanya memfotostat kertas yang diberi Hairi tadi.

"Tapi aku perasan muka En.Hairi tak ketat macam pagi tadi."

"Nampaknya misi aku berjaya buat muka dia mencuka tu jadi manis."

"Tapi aku ada satu masalah." Aaira bermonolog sendiri.

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now