OY || BAB 41

4.8K 312 25
                                    

AAIRA termenung di atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AAIRA termenung di atas katil. Tak tahu nak buat apa lagi. Pakaian suaminya sudah dia lipat dan susun dalam almari. Semua baju kemeja turut digantung elok mengikut warna. Barang peribadi suaminya juga tersusun rapi dan pastikan tidak diletakkan di tempat tak sepatutnya. Nak memasak tapi suaminya tak balik lunch pula harini.

Sekarang dia nak buat apa?

Dia tengah active sekarang. Orang-orang dulu cakap kalau nak mudah bersalin kena banyakkan berjalan.

Eh tapi, dia mengemas. Sama je kan?

Walaupun sudab ditegah suaminya, tetap juga berkeras mahu buat kerja. Tak apa, suaminya tak nampak pun.
Sedang Aaira terdampar bagaikan dugung di atas katil, dia toleh memandang telefon bimbitnya di atas meja kecil di sebelah katil. Bergetar bermaksud ada pesanan masuk.

Tanpa melengahkan masa, dia terus bangun. Perut dipegang. Susah kalau dah boyot begini. Nak duduk pun mengah.

Berkerut dahinya tatkala melihat satu mesej dari orang yang tak dikenali. Nombor ini.. Aaira macam pernah nampak.

Seketika kemudian, matanya membuntang apabila melihat isi mesej tersebut.

Terpapar gambar Tengku Danish pada ruangan skrin telefon bimbitnya. Tangan mula menggigil kecil.

Gambar Rumah Clarkia yang ranap terbakar tempoh hari kembali menjengah ke ingatan.

Jantung Aaira berdegup kencang. Diri dia mula diselubungi rasa risau terhadap suaminya. Sudah tak mampu untuk berfikir positif lagi. Tanpa berfikir panjang, dia terus bersiap ala kadar untuk ke pejabat Tengku Danish.

Uwaiz menghampiri isteri majikannya apabila ternampak wanita mengandung itu keluar dari lif dengan tergesa-gesa.

"Puan Aaira nak pergi mana?" Soal Uwaiz terus. Aaira meramas hujung bajunya, menahan perasaan.

"Tolong hantar saya pergi pejabat suami saya boleh?" Aaira terus menyatakan kehendaknya pada Uwaiz.

"Puan Aaira" Panggil salsh seorang pengawal yang berjaga di luar.

"Tengku Danish.."

Dahi terus merinik peluh. Tanpa menunggu pengawal itu menghabiskan bicara, Aaira terus berlari keluar. Uwaiz yang terkejutl terus mengejar langkah Aaira yang sudah berlari ke pagar rumah. Dijerit semua anak buahnya untuk menghalang isteri majikannya itu.

Aaira terus berlari ke jalan selepas melepasi pagar besar villa itu. Biarlah dia jalan kaki, janji dia sampai ke pejabat suaminya. Tak dihiraukan jeritan dan panggilan pekerja Tengku Danish, dia terusan berlari. Uwaiz sudah cuak melihat Aaira. Laungan anak buahnya membuatkan jantungnya semakin laju berdegup. Larian Uwaiz semakin pantas apabila kelihatan sebuah kereta sengaja dipandu laju ke arah Aaira.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now