OY || BAB 31

4.6K 267 19
                                    

TENGKU DANISH berjalan masuk ke dalam bangunan syarikat miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TENGKU DANISH berjalan masuk ke dalam bangunan syarikat miliknya. Setiap langkahnya diperhatikan oleh semua orang yang berada di lobi tersebut. Terutama sekali para gadis. Tak lari tubuh tinggi lampai itu dari ruangan mata. Jarang-jarang boleh nampak orang atasan mereka.

Sipi-sipi bisikan orang-orang disekitar kedengaran. Entah apa yang diorang bisikkan. Pekerja yang selisih dengan mereka terus menunduk hormat. Tengku Danish langsung tidak memandang wajah pekerjanya. Berat sekali bibir itu mahu melekuk senyum. Hanya Hairy saja yang membalas pandangan mereka dengan senyuman manis.

"Garang aih muka. Lagu mana lah Puan Aaira boleh terpikat"

Bisik tak serupa berbisik. Sampai juga bisikan itu ke telinga mereka berdua. Kepala Hairy terus tertunduk menahan geli hati. Tengku Danish buat bodoh saja. Malas mahu melayan.

"Diorang cakap muka tengku garang" usik Hairy sambil tergelak kecil. Tengku Danish menjeling tajam. Dan itu berjaya menghentikan tawa Hairy sebentar tadi. Cepat-cepat dibuat gaya zip pada mulut selepas itu. Terbuka sahaja pintu lift, Tengku Danish terus keluar meninggalkan Hairy di dalam lift tersebut. Terkulat-kulat lelaki itu dibuatnya.

"Eh.. tengku!"

Menonong Tengku Danish masuk ke pejabat. Kak Hana yang sedang melantak chocojar di tempatnya terus bangun mendadak. Terkejut apabila melihat majikan lalu secara tiba-tiba. Sudahlah dia tengah sarat mengandung, memang senak lah kalau bangun mengejut macam tu.

Mujur minggu ni minggu last dia bekerja. Dapat cuti bersalin dua bulan. Lama kan?

Sesungguhnya Tengku Danish seorang majikan yang baik. Uhukss..

"Aduii.. goodmorning tengku" ucap Kak Hana perlahan. Terhenti langkah Tengku Danish mendengar sapaan itu. Bibir menarik senyuman tipis.

"Goodmorning kak Hana" balasnya perlahan sebelum kembali menyambung langkah ke pejabat. Kak Hana menundukkan kepala.

"Morning kak Hana!" Ucap Hairy kuat bersama senyuman panjang. Terkejut wanita mengandung itu dibuatnya. Leka dia memandang Tengku Danish tadi. Dada dan perut yang membukit diusap lembut. Senak ditambahkan lagi dengan jantung yang mengepam laju. Ya tuhan, budak yini..

"Hairy oii.. letih la akak asyik terkejut je" rungut kak Hana perlahan. Hairy sengih tayang gigi. Nasib baik muka handsome, tak jadi nak marah. Allah Hana, ingat laki dekat kem sana. Kang nanti ada yang tembus kepala dia dengan senapang.

"Sorry kak, bukan apa.. wajah akak ni makin hari makin berseri-seri. Mesti anak akak nanti cantik macam akak" Kak Hana tersenyum malu mendengar pujian itu. Tangan dibawa menampar angin.

"Aihh.. kamu ni. Malu lah kena puji" Tersenyum-senyum kak Hana. Hairy pula sudah tergelak kecil melihat tingkah wanita yang tua tiga tahun daripadanya itu. Manis saja orangnya. Nak try pun dah tak boleh. Tengoklah perut pun sudah besar. Suami pula askar, memang dia surrender awal-awal.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now