OY || BAB 27

5.2K 254 66
                                    


MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

AAIRA memandang wajah suaminya tajam. Kecik besar kecik besar saja dia lihat lelaki itu. Selamba duduk bersantai di balkoni luar
bilik. Tengku Danish tayang wajah bersahaja. Langsung tak kisah dengan renungan tersebut.

Kopi panas dihirup perlahan. Kedua bebola matanya melilau ke tempat lain. Tak diendahkan kehadiran si isteri di situ.

Buat-buat tak nampak.

Aaira berdecit kuat. Kedua tangan yang elok bersilang memeluk tubuh tadi dijatuhkan ke sisi. Lantas dicuit bahu lelaki itu sedikit. Meminta perhatian daripada lelaki itu.

Tengku Danish kerling dengan hujung mata. Alis mata kiri dijongket tinggi.

"Siapa suruh awak duduk luar? Kenapa tak duduk dalam, rehat? Awak tak sihat lagi kan?" Aaira bertanya perlahan. Risau dengan keadaan suaminya itu.

Sekarang sudah malam, angin di luar sudah terasa sejuk. Suaminya boleh pula bersantai lepak dekat luar ni. Dengan tak berbajunya lagi. Orang suruh duduk rehat dekat dalam, degil juga nak bergerak ke sana kemari.

Suami siapa ni?

Eh suami aku lah.

"Bosan duduk dalam" balas lelaki itu ringkas. Kopi dihirup lagi. Minum air panas-panas time nak hujan ni, masyaAllah, nikmat betul.

"Saya suruh awak rehat kan? Kalau awak pening-pening lagi macam mana? Kan sejuk dekat luar ni. Jom lah masuk dalam, tidur" ajak Aaira dengan nada lembut. Cuba memujuk lelaki itu. Baju nipis yang tersidai di kerusi dicapai sebelum dihulur kepada suaminya.

Tengku Danish tayang muka bosan. Huluran gadis itu tak disambut. Malah dibiarkan saja. Tubuh diselesakan, cuba untuk duduk bersandar dengan mata tertutup rapat.

Mahu merasai dingin malam. Seharian dia dikurung di dalam bilik. Tak dibenarkan keluar langsung. Dilarang oleh Aaira sama sekali.

"Awakk.. jom lah masuk dalam" pujuk Aaira lagi. Dicuit-cuit bahu suaminya.

Tengku Danish hela nafas panjang. Dengan mata tertutup rapat, tangan kiri bergerak mencapai lengan halus Aaira. Lalu ditarik perlahan agar duduk disebelahnya.

Aaira tersentak sedikit ke depan. Terus punggungnya berlabuh di sebelah si suami.

"Awak.."

Tengku Danish hela nafas berat, lagi.  Membuatkan Aaira di sebelah berkerut dahi memandang suaminya. Melihat seraut wajah kosong itu sedikit menimbulkan tanda tanya. Suaminya nampak muram saja.

"Awak kenapa? Ada masalah ke?" Soal Aaira perlahan.

Tengku Danish toleh ke sebelah. Dia terkaku buat seketika tatkala anak matanya bertembung dengan sepasang mata bening itu. Wajah isterinya nampak berkerut risau memandangnya.

"Aku.."

Tengku Danish menjilat bibir yang terasa kering. Aaira hanya menunggu.

"Aku rindu ummi" ucapnya perlahan sebelum dia menunduk sedikit memandang ke riba. Layu saja matanya. Kening Aaira sudah melengkung ke bawah. Hilang sudah perasaan gelisahnya tadi, digantikan dengan perasaan lain.

Awww.. nyomelnya syuben Aairaaa!!

Tanpa sedar, kedua belah tangannya naik memegang kedua pipi si suami. Menarik wajahnya itu agar menghadap ke arahnya. Lelaki itu hanya menurut.

"Awak baru call ummi siang tadi kan? Lama pula tu. Rindu lagi?" Tanya Aaira. Tengku Danish mengelipkan mata. Tak tahu mahu menjawab apa. Terpejam matanya sedikit tatkala merasa hangat usapan tangan lembut itu di pipinya.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now