OY || BAB 53

914 83 2
                                    

PERUT yang berbunyi kuat sedari tadi dipegang dengan telapak tangan. Wajah berkerut sedikit. Lapar.. Dari pagi dia tidak mengisi perut sehingga malam. Aaira hela nafas beras. Kejap lagi pedihlah perutnya ini. Dia alihkan mata pada Mellysa yang masih lena di sebelahnya. Apa yang dia nak buat ni? Dia masih tak faham dengan apa yang dia nampak tadi.

Dua individu yang mempunya wajah yang sama. Bahkan bentuk fizikal dan suara mereka turut tiada bezanya. Jika mahu difikirkan semula, dia tak buat apa-apa pada Mellysa. Sama ada perbuatan jahat atau dengki yang menetap di hati pada gadis itu. Sama sekali tidak. Dia menganggap Mellysa seperti kakaknya sendiri, sama seperti Nara, Hasif dan Rafiq.

Jadi.. kenapa Mellysa sanggup bertindak melakukan semua ini pada dia? Hampir-hampir saja dia terkejut lalu terkentut tadi melihat sikap Mellysa yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.

Rasanya sudah hampir sebulan dia tidak berjumpa dengan Mellysa. Suaminya pun langsung tidak mahu membuka mulut tentang itu. Apa yang terjadi sebenarnya?

Bunyi tapak kaki menghentam lantai mengetuk sistem pendengaran. Jantung Aaira terus berdetak laju. Mata memandang lama ke arah pintu bilik yang terkunci rapat.

Keadaan menjadi sunyi buat seketika sebelum pintu terbuka luas dari luar. Gadis yang mempunyai wajah persis Mellysa itu melangkah masuk ke dalam bersama wajah mendatar. Mellysa yang masih lena terbaring di atas lantai dipandang.

Sleeping beauty..

Bullshit.

"Oii.. bangun" Hujung kasut disepak perlahan pada kaki Mellysa sehinggalah mata itu tercelik layu. Pandangan di bawa ke atas.

"Good morning! Mimpi indah?" soalnya dengan nada mengejek.

Mereka berdua hanya diam tidak membalas.

"Hakim! Bawa diorang ke tempat tadi. Aku dah malas nak simpan diorang ni lama-lama" arah gadis itu sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. Hakim bersama seorang lagi lelaki melangkah menghampiri Mellysa dan Aaira.

"Lepaslah! Sakit tahu tak?" marah Aaira kuat. Tangan yang mencengkam lengannya dipukul kuat. Mellysa meringis sakit saat rambutnya tiba-tiba ditarik kuat. Lama-lama boleh botak kepala dia macam ini. Aaira mula kalut tatkala melihat Mellysa sudah dibawa pergi.

"Diamlah! Mulut kau ni bising saja! Sudahlah cacat!" jerkah Hakim pula. Aaira mencerunkan mata. Geraham diketap kuat.

"Biarlah aku cacat sekalipun, janji aku cantik! Tak macam kau, muka hauk!" Entah dari mana keberaniannya datang, laju saja herdikan itu keluar meluncur dari bibirnya. Mata Hakim membuntang luas.

"Mulut kau ni kan cam.."

"Ahh.. Don't touch her!" halang satu suara dari arah tingkap bilik tersebut.

Hakim terus berpusing lalu mengangkat senjata di tangannya.

"Kau siapa?!" soalnya kuat. Lelaki itu menarik face mask hitam yang dipakainya. Mata Aaira membuntang luas.

"Abang!"

Wajah Hakim berkerut. "Abang?"

"Ini abang kau!" Serentak itu tubuh Hakim tumbang ke atas lantai setelah dihentak kuat oleh Rafiq dan Inspektor Rahimi dari belakang. Aaira terus menjauhkan dirinya dari tubuh Hakim lagi bergerak ke arah Danish yang turut melangkah laju menghampirinya.

"Lambat!" rungut Aaira perlahan. Bibir tersebik-sebik menahan esakan daripada terkeluar. Danish tersenyum nipis. Wajah isterinya yang comot dengan kesan hitam dikesat lembut sebelum satu kucupan hangat dilabuhkan pada dahi licin itu. Rindu!

"Sorry lah" Satu kesan calar di pipi Aaira diusap lembut. Geraham diketap rapat.

"Yang lain mana?" tanya Rafiq kepada Danish. Lelaki itu berdiri bersama Aaira di dukungan. Danish hanya menjungkitkan bahu. Mereka semua berpaling ke arah pintu saat terdengar suara dari arah luar bilik tersebut. Inspektor Rahimi bersama beberapa anggota polis yang lain menggenggam senjata mereka dan diangkat ke arah pintu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now