OY || BAB 3

6.2K 318 29
                                    

BEROMBAK kasar dada Asyraff cuba mencari nafas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BEROMBAK kasar dada Asyraff cuba mencari nafas. Dia tersandar penat pada tiang batu bangunan usang yang menjadi sarang geng kongsi gelap. Dia mengeluarkan kepalanya sedikit dari sebalik tiang untuk meninjau ke arah beberapa orang lelaki yang bersenjata. Anak-anak buahnya masing-masing menyembunyikan diri dan bersedia menerima arahannya.

BANG!

BANG!

Laju Asyraff mengalihkan kepalanya. Dia beristighfar dalam hati. Ya Allah, kalau kena kepala dia tadi, tak bernyawa terus. Penat kejar geng kongsi gelap yang lari tadi pun tak habis lagi. Ni nak main tembak-tembak pulak. Ada jugak dia bom bangunan ni nanti.

"Shoot" ucapnya perlahan. Cukup sekadar anak buah dia saja yang dengar melalui alat yang dipakai di telinga mereka. Serentak dengan itu, bunyi tembakan mula membingitkan telinga. Satu lagi alat ditelinga kanannya ditekan.

"Woi--"

"Yow kawan" pintas seseorang di dalam talian. Asyraff terasa mahu mencarut. Bunyi tembakan di antara anak buah dia dengan geng kongsi gelap itu diabaikan.

"Kau kat mana gila?" soal Asyraff dengan suara yang ditekankan.

"Aaa..atas, jam 2" jawab orang itu. Kepala Asyraff terus mendongak mengikut arah yang telah diberitahu. Dia hanya pandang sepintas lalu bagi mengelakkan musuh tahu keberadaan lelaki itu.

"Backup aku" pesan Asyraff sebelum matanya mencari ketua geng kongsi gelap tersebut.

"Ai ai cip"

Dia perlahan-lahan bangun dari duduk dan terus melangkah menghampiri seorang lelaki tua yang memeluk sebuah briefcase. Lelaki itu tidak sedar akan kehadirannya di belakang lalu tanpa membuang masa lagi, tangannya terus naik memukul belakang leher lelaki itu menyebabkan ketua geng kongsi gelap itu terkulai pengsan.

Asyraff berdiri tegak memandang sekujur tubuh lelaki itu. Itu je ke? Pukul sekali dah pengsan. Biar betul ni.

"Ni betul kan boss diorang?" Soal Asyraff kebingungan. Kakinya mencuit tangan lelaki tua itu.

"Raff, your back! "

BANG!

"Aarghhh!!" jerit seorang lelaki yang senyap-senyap mahu melepaskan tembakan ke arah Asyraff.

"Nice. Tepat!" Sorak orang yang masih dalam talian.

"Kau tembak pistol dia lah gila" ujar Asyraff seraya menahan lelaki itu daripada melarikan diri. Belakang leher lelaki itu dipukul kuat supaya pengsan.

"Aku memang tak nak cederakan dia pun. Dia je menjerit macam tangan kena tembak"

"Dah lah Kyle, kau boleh pergi sekarang. Selebihnya aku handle" ujar Asyraff dengan nada yang malas apabila mission mereka hampir selesai. Jelas bunyi gelakkan lelaki itu ditelinganya sebelum talian diputuskan.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now