OY || BAB 21

5.6K 302 29
                                    

MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

SUASANA di perkarangan masjid itu di kawal dengan ketat oleh semua bodyguard Tengku Danish. Majlis akad nikah diadakan secara sederhana saja. Wartawan tidak dibenarkan langsung untuk masuk ke dalam masjid.

Dan saat ini, Tengku Danish sudah bersedia duduk berhadapan dengan tok kadi. Lelaki itu nampak segak mengenakan baju melayu putih berserta samping dan songkok. Aaira tidak kurang juga, cantik tersarung baju kurung putih keemasan. Elok bersimpuh di sebelah Tengku Seri. Di sebelah kirinya pula ada Syira.

Aaira menggenggam erat bunga dipegangannya. Dia memang tidak tahu bagaimana mahu gambarkan perasaannya saat ini. Dia memandang semua keluarga besar Tengku Danish yang hadir. Keluarga dia saja yang tak ada.

Adik beradik pun tak ada. Saudara mara apatah lagi.

Tak apa lah, yang penting sekarang ni dia akan cuba sedaya upaya untuk menjadi isteri yang terbaik buat Tengku Danish. Plus untuk goda lelaki itu. Jangan ingat dia lupa dengan cabaran haritu. Ingat dia takut?

Sabar eh. Malam nanti wa payung sikit. Bagi dia goyang.

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah"

Aaira tersentak apabila Tengku Seri menyentuh tangannya. Aaira menoleh ke sebelah sebelum melempar pandangan ke hadapan.

Dah ke? Lahh dia mengelamun pasal apa tadi? Gatal sangat ke dia?

Aaira tersenyum apabila tubuhnya dipeluk erat oleh Tengku Seri dan Syira. Aaira kerling Tengku Danish yang sedang melakukan solat sunat sekilas.

Setelah itu, Tengku Danish duduk melutut di hadapan Aaira. Sangat rapat. Sampai lututnya bersentuhan dengan lutut Tengku Danish. Tangan lembut Aaira dicapai.

Dia mengambil cincin yang dihulur oleh Tengku Seri lalu di sarungkan ke jari manis isterinya.

Wuu merahnya jari.

Jarinya tak dipakaikan inai. Inai hanyalah perhiasan bagi kaum wanita sahaja. Haram untuk lelaki. Jadi dia menolak apabila disuruh memakai inai.

Aaira mengucup tangan lelaki yang sudah naik pangkat bergelar suaminya. Terasa tangan hangat Tengku Danish di atas kepalanya. Dapat dia dengar bisikan doa yang dibaca oleh lelaki itu. Baru sahaja dia mengangkat wajahnya, Tengku Danish terus mengucup dahi Aaira. Penuh syahdu.

Saat Tengku Danish menjauhkan bibirnya, senyuman nipis ditayangkan. Kepala Aaira diusap lembut seraya merenung ke dalam mata bundar itu.

Aaira turut membalas senyuman Tengku Danish walaupun dia tak tahu maksud senyuman yang suaminya berikan. Lain macam.

Setelah itu, mereka bangun untuk bersalaman dengan saudara mara Tengku Danish dan sedikit tetamu yang hadir.

Majlis resepsi pula diadakan pada sebelah malam. Ramai tetamu yang dijemput hadir untuk meraikan pasangan itu. Dan majlis ini turut dikawal ketat oleh kesemua pengawal Tengku Danish dan Tengku Farid yang turut mahu campur tangan. Hanya untuk berjaga-jaga, disebabkan Tengku Danish juga pernah diserang dahulu. Lagi-lagi malam ini merupakan malam terpenting anak sulungnya, jadi dia mahu semuanya berjalan dengan lancar.

Tengku Danish dan Aaira dipisahkan dengan bilik yang berasingan.

Aaira menadah saja wajahnya sambil menutup kedua belah mata. Membiarkan Kak Eila meriaskan wajahnya. Hidungnya berkerut-kerut menahan geli apabila berus makeup yang pelbagai jenis itu menyapa wajahnya perlahan.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now