OY || BAB 23

6.2K 305 59
                                    

MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

TELEFON bimbit ditutup lalu diletakkan di atas meja lampu di sebelahnya. Kemudian Tengku Danish merebahkan tubuhnya ke atas tilam, menghadap isterinya yang membisu sedari tadi. Rasanya tadi dalam wardrobe okey je sengih-sengih macam kambing. Sekarang ni tiba-tiba senyap. Muka masam teruk. Dia ada buat salah ke?

"Kenapa diam je ni?" Tanya Tengku Danish. Aaira menjeling suaminya sedikit sebelum dipalingkan wajahnya ke arah lain.

"Hmph!"

Berkerut wajah lelaki itu melihatnya. Cantiknya mata, jeling-jeling orang pulak tu. Aku cungkil biji mata tu nanti.

"Awak tu" gumam Aaira perlahan tanpa memandang ke wajah lelaki itu. Tengku Danish menjongketkan sebelah keningnya.

"Aku kenapa?" Soalnya pelik. Sekali lagi Aaira menjeling suaminya tajam.

Mata tuu..

"Awak cakap apa pagi tadi? Nak balik awal. Mana awalnya? Pukul 11 lebih baru nak balik!" Marah Aaira. Tengku Danish terdiam sejenak sebelum perlahan-lahan menarik senyuman bersalah.

Ouhh..

Dia memang sengaja balik lambat. Lepak dekat kedai mamak dulu tengok bola. Bukan apa, dia risau lihat isterinya ini langsung tak ada sifat malu bila dekat dengannya, buatkan dia jadi seram. Entah bagaimana otaknya tiba-tiba fikirkan sesuatu. Macam mana kalau..

"Awak!" Panggil Aaira geram. Tengku Danish berdecit perlahan sebelum posisi baringnya diubah menelentang menghadap siling bilik.

"Aku balik lambat sebab nak tunggu kau tu tidur dulu. Kau fikir aku balik lambat saja-saja ke?" Balasnya perlahan dengan kedua matanya ditutup rapat. Berkerut dahi Aaira mendengarnya.

Apa?

"Nak tunggu saya tidur dulu? Kenapa pulak?"

"Yelah, aku balik awal nanti..." Matanya dicelik sedikit, memandang ke arah gadis disebelahnya.

"..kau rogol aku pulak" sambungnya selepas itu. Terbuka luas kedua mata Aaira ketika itu. Membahang panas wajahnya. Terasa seperti darah naik ke muka!

Bingkas dia bangun lalu duduk menghadap suaminya.

"A–Apa pulak awak cakap macam tu?!" Tanya Aaira gagap. Mahu saja dia hempuk kepala suaminya dengan bantal. Otak yellow betul la mamat ni.

"Yelah, tengok kau pakai baju siapa sekarang ni? Dengan tak pakai seluarnya" kata Tengku Danish lagi. Dia melirik ke arah peha Aaira yang sedikit terdedah. Terselak sewaktu gadis itu tergesa-gesa bangun.

Berapa kali dia sudah telan air liur? Lagi-lagi di wardrobe tadi, mujur tak terlepas tualanya sebab terkejut. Bukan nak kata apa, tapi itu memang kali pertama dia melihat kulit putih susu dan mulus seperti itu. Gebu– Ya Allah, astaghfirullahalazim.

Membahang teruk wajah Aaira. Matanya mula berair. Tsk.. nak naness.

Ummii... Aaira maluu.

Tengku Danish tersenyum nipis melihat kilauan mata itu. Nak nangis lah tu. Dia turut bangkit dan duduk menghadap isterinya. Ditarik comforter untuk menutup bahagian yang terdedah itu. Setelah itu, barulah dia memandang tepat ke anak mata Aaira.

"Boleh peluk?" Soalnya lembut. Aaira diam sejenak sambil menahan air mata. Kemudian mengangguk kecil sebagai jawapan.

Tengku Danish tersenyum lagi lalu ditarik tubuh kecil itu masuk ke dalam pelukannya. Dibetulkan sedikit kedudukan isterinya di tengah ruang antara kedua pehanya.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Место, где живут истории. Откройте их для себя