OY || BAB 48

2.1K 186 4
                                    

BUNYI monitor mengisi ruangan bilik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI monitor mengisi ruangan bilik itu. Sekujur tubuh yang kaku terbaring di atas katil dipandang bersama sepasang mata yang sudah merah menahan air mata. Tengku Danish menolak kerusi roda yang diduduki Aaira merapati katil.

Wajah pucat Zein dipandang lama sebelum empangan air mata pecah tanpa sempat ditahan. Kedua tangan kecilnya mencengkam kuat cadar putih yang tersarung pada tilam hospital itu.

"Saya mintak maaf.." Aaira menarik nafas dalam. Dibiarkan saja bahunya diusap tangan suaminya lembut. Memberi amaran untuk tidak mengeluarkan air mata. Kepala ditundukkan lalu belakang tangan naik mengesat pipi yang basah. Hingus ditarik kuat. Kemudian barulah dia memandang Zein semula.

Kaku tidak bergerak bersama mata yang terpejam rapat. Zein yang suka mengusik dan tak reti duduk diam kini sudah terbaring dalam lenanya.

"Saya mintak maaf. Awak lebih teruk dari saya. Diorang nak bunuh saya, tapi awak yang jadi mangsa–"

"Aaira" tekan Tengku Danish. Tegas nadanya menegur si isteri. Aaira tersengih saja. Entah apa dosanya, sehinggakan di luar sana ada orang yang berniat jahat padanya. Bahkan, dia yakin, kes kebakaran di pusat sukan Auni juga melibatkan dirinya.

"Betullah tu.. ada orang nak bunuh saya. Mesti sekarang orang tu marah bila dapat tahu yang saya masih hidup, kan?"

"Aairaa"

"Saya takut. Saya tak nak kena bunuh. Saya cuma nak pergi dalam keadaan tenang, dalam keadaan bahagia di sisi abang. Saya tak nak mati lagi. Abang jangan tinggal saya sorang-sorang. Saya nak abang ada.." rintih Aaira perlahan bersama esakan yang terasa semakin kuat. Dada di cengkam lalu ditumbuk kecil menahan perih di hati. Sesuatu mencucuk di situ sehinggakan nafasnya terasa pendek.

Tengku Danish ketap gigi seraya membawa pandangan ke arah lain. Sakit mendengar rintihan isterinya itu. Dia menarik nafas dalam sebelum beralih ke hadapan Aaira lalu turun melutut. Tangan halus isterinya dicapai lalu digenggam erat. Dilabuhkan satu kucupan di telapak tangan Aaira.

"Abang tak akan tinggalkan Aaira sorang-sorang. Abang janji.. abang akan sentiasa ada di sisi Aaira. Abang sayangkan Aaira, cintakan Aaira. Misalnya, umur kita tak panjang. Abang harapkan kita pergi sama-sama. Abang akan teman Aaira, okey? Dah dah.. jangan menangis macam ni" pujuk Tengku Danish lembut. Tangan naik menyentuh pipi isterinya lalu diusap lembut. Tak kisah tangannya dicemari mutiara jernih itu, asalkan pipi itu bersih tanpa sebarang air mata.

Aaira mencebikkan bibir. Terharu mendengar pujukan si suami. Kedua belah tangan bergerak dan melekap lembut pada pipi si suami. Tanpa sebarang bicara, Aaira tunduk sedikit sebelum bibirnya mula menyentuh dahi Tengku Danish. Dikucup penuh rasa cinta. Mahu menyalurkan rasa berterima kasihnya di situ.

Dalam diam, ada sepasang mata yang memerhatikan mereka dari cermin pintu. Zayn meraupkan wajahnya lalu menghembus nafas berat. Matanya merah akibat tak dapat menahan air matanya daripada mengalir. Serentak jari telunjuk dan ibu jari naik menekan hujung mata. Dia sudah penat malayan perasaan sedihnya itu.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now