OY || BAB 34

4.1K 250 9
                                    

TELATAH Faiq dan Faid diperhati lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TELATAH Faiq dan Faid diperhati lama. Dua-dua budak kecil itu fokus bermain game di dalam tab nipis milik bapa mertuanya. Tadi masa sampai saja di rumah mereka, bukan main menangis. Peluk tak nak lepas.

Dia bukannya nazak pun. Agagaga..

Tapi keluarga suaminya ambil serius tentang perkara yang berlaku semalam. Dia tak tahu apa yang Tengku Danish bincang dengan mertuanya kerana waktu itu dia juga diarahkan untuk duduk di dalam bilik. Puas Tengku Seri memaksanya untuk rehat. Sedangkan dia sudah rehat terlalu lama.

Tapi dia tak kisah pun, sebab ada si kembar dengan Darwisy teman dia. Boleh berbual. Tak ada lah bosan sangat.

"Aaira"

Mata diarahkan pada satu figura lelaki yang baru saja masuk ke dalam bilik tetamu. Satu senyuman dihadiahkan. Menyambut kehadiran lelaki itu.

Tengku Danish mengambil tempat di sebelah Aaira sebelum dibawa tubuh kecil isterinya itu merapat badannya. Kemudian barulah dia bersandar tenang sambil melihat ke arah si kembar.

Aaira sudah tersenyum-senyum di situ sambil melentokkan kepala ke dada Tengku Danish.

Ihikk.. laki kita peluk kita lah.

"Ummi dengan abah mana?" Soalnya lembut. Tangan kasar Tengku Danish dimainkan. Anak mata bergerak merenung cincin kahwin mereka pada jemari itu.

"Ummi dengan abah ada dekat bawah. Angah mana?" Soal Tengku Danish pula. Mata meliar ke setiap pelosok bilik. Mencari keberadaan adiknya.

Aaira menjeling ke arah langsir pintu gelangsar yang berterbangan dek ditiup angin daripada luar. Ada satu bayang di situ.

"Angah dekat luar tu. Tak tau tengah call siapa. Serius betul nampaknya" balas Aaira perlahan seraya kembali memandang si suami.

Mungkin adik iparnya itu ada masalah di kolej.

"Awakk... saya lapar la" ujar Aaira dengan binir termuncung ke depan. Hujung jari melukis sesuatu pada dada si suami. Diukir bentuk love di situ. Berulang kali. Kemudian dia menarik sengihan panjang.

Dahi Tengki Danish berkerut nipis. Dia menunduk sedikit untuk melihat ke wajah Aaira.

"Kau ni asyik lapar je. Kau bela jin ke dalam badan?" Soalnya terus menyebabkan tingkah Aaira di dadanya tadi terhenti. Kepala mendongak ke atas. Membalas tatapan mata lelaki itu. Kedua belah kening naik melengkung ke atas. Bibir tercebik sedih.

"Sampai hati awak cakap macam tu" tutur Aaira kecil.

Dah dia rasa lapar. Kenalah makan. Kalau tak makan nanti cacing dalam perut dia ni mengamuk pula.

Tengku Danish menarik senyum nipis sebelum kepala Aaira yang bertutup tudung sarung itu diusap lembut. Buat muka sedihlah pula. Pelik-pelik je lah bini dia ni.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now