OY || BAB 5

5.7K 287 8
                                    

LIYANA tersentak apabila mejanya diketuk perlahan

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

LIYANA tersentak apabila mejanya diketuk perlahan. Dia mengangkat kepalanya perlahan sebelum bangun mengejut melihat Tengku Danish berdiri di hadapan meja kerjanya.

Pekerja lain masing-masing memanjangkan leher untuk melihat lelaki itu. Kehadirannya telah menarik perhatian semua pekerja di situ. Siapa tak kenal lelaki itu, pemilik syarikat terbesar dan sepupu kepada boss mereka Tengku Danyel Mikael.

"Tengku Fahriel" sapa Liyana sambil menunduk sedikit. Dia cuba untuk menenangkan diri. Sepupu boss dia ni jarang datang ke sini, jadi sedikit gemuruh apabila menyapa Tengku Danish.

"Tengku Danyel ada?" Soal Tengku Danish senada. Liyana mengangguk.

"Boss ada. Tengku boleh masuk, boss dah tunggu dekat dalam" jawab Liyana dengan mengekalkan sikap profesionalnya. Tengku Danish mengangguk sebelum bergerak ke arah pejabat sepupunya.

Liyana yang tadi tersenyum terus melepaskan nafas berat apabila susuk tubuh lelaki itu hilang dari pandangan. Dia terduduk lega. Mujur boss dia dah bagitau awal-awal tentang kedatangan Tengku Danish ke sini. Tak ada lah dia menggelabah mahu menyambut lelaki itu. Tak masal je dia pengsan dekat sini sebab panahan mata yang tajam lelaki itu.

"Hilang nyawa ke Liyana oi" tegur seorang pekerja di situ. Yang lain tergelak mendengar rakan mereka menyakat Liyana.

"Haih, jantung aku dah fly agaknya sekarang" keluh Liyana mengundang tawa pekerja di situ. Mereka pun terkejut tadi tiba-tiba terasa pejabat ni lain macam bila sepupu dingin boss mereka datang. Muka kosong je macam takda life. Hshshshs.

-✿-

DANYEL tersenyum apabila Tengku Danish masuk ke dalam pejabatnya. Bukan kaleng kaleng ya si beku ni turun sini. Selalunya dia yang pergi ke pejabat Tengku Danish kalau mahu berjumpa. Tengku Danish memang terkenal dengan sikap workholics.

Dia bangun dari kerusi dan bergerak ke arah sofa yang terdapat dalam bilik pejabatnya. Tengku Danish duduk apabila disuruh Danyel. Dia macam tak tau nak buat apa bila datang sini. Tiba-tiba kerjanya selesai awal, meeting penting pun takde. Jadi dia datang la sini sebab takde kerja.

"Kau ada kerja ke?" Soal Tengku Danish. Danyel memandang sepupu dia semacam. Kepala diangguk dengan teragak-agak sebagai jawapan tetapi selepas itu dia lekas-lekas bangun menarik lengan sepupunya itu apabila lelaki itu mahu bergerak ke mejanya.

"Kau kenapa?"

"Aku nak tolong buatkan" jawab Tengku Danish dengan wajah yang sedikit stress. Dia tak ada benda nak buat sekarang ni. Danyel memandang Tengku Danish dengan tatapan 'seriously?'

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora