OY || BAB 4

5.3K 316 26
                                    

TENGKU DANISH mengetuk pintu bilik Tengku Darwisy yang berada disebelah biliknya perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TENGKU DANISH mengetuk pintu bilik Tengku Darwisy yang berada disebelah biliknya perlahan. Tak sampai beberapa saat, pintu itu terbuka dari dalam dan wajah Tengku Darwisy bersama riak kosongnya memenuhi ruang mata Tengku Danish. Kedua alis matanya terangkat seolah bertanya 'apa' kepada abangnya.

Tengku Danish hanya menghulurkan tangan kanannya ke arah Tengku Darwisy. Meminta sesuatu. Darwisy merenung tangan Tengku Danish dengan wajah berkerut. Dah kenapa hulur-hulur tangan kat dia. Nak cendol?

Dengan wajah blur, dia meletakkan tangannya di atas tangan abangnya. Tengku Danish mengetap bibirnya sebelum menjentik dahi Tengku Darwisy menyebabkan Tengku Darwisy terundur ke belakang sambil menekup dahi dengan tangan.

"Aduhh..sakit lah alongg" Rengekkan Tengku Darwisy dihiraukan malah tangan dihulur semula.

"Apa?" Soal Tengku Darwisy pelik. Dia mengerdipkan matanya tatkala abangnya itu memandangnya dengan tatapan tajam.

"Pendrive yang Zein suruh kau bagi dekat aku mana?" Tengku Darwisy senyap buat beberapa saat untuk memproses apa yang abangnya maksudnya. Kerutan pada keningnya hilang apabila teringat sesuatu. Dia tersengih melihat wajah beku abangnya itu.

"Jap, aku ambik" ujar Tengku Darwisy seraya berpusing untuk bergerak ke meja belajar. Beg yang terletak elok di atas kerusi dicapai sebelum dicari pendrive yang Zein titipkan padanya siang tadi. Alisnya berkerut sedikit. Dipunggah barang-barang yang ada dalam beg itu keluar.

Tengku Danish bersandar di tepi pintu bilik seraya memerhati Tengku Darwisy yang kelihatan sedikit gelisah. Dia seperti dapat mengagak sesuatu apabila melihat kelakuan adiknya itu.

"Mana, Darwisy?" Soalnya mendatar. Tengku Darwisy menggaru kepalanya yang tak terasa gatal. Dia berfikir di mana dia letak pendrive itu. Takkan tercicir pulak. Bila dia perah semula ingatannya, dia teringat yang dia seperti terdengar sesuatu ketika dia bergerak meninggalkan bus stop siang tadi selepas dia memujuk teman wanitanya yang merajuk.

Dia pasti bunyi tu mesti bunyi barang yang jatuh dan sudah pasti itu ialah pendrive yang Zein beri. Tapi macam mana dia nak bagitau abangnya itu. Tak pasal-pasal kene penumbuk sulung sebab cuai.

"Along, aku rasa kan.." Tengku Danish senyap menunggu Tengku Darwisy untuk menghabiskan kata-katanya.

"Aku rasa pendrive tu tercicir dekat bus stop lah" ujarnya perlahan sambil tersenyum kekok. Tengku Danish menarik nafas panjang, cuba untuk bersabar. Tubuhnya yang bersandar tadi ditegakkan semula lalu dia melangkah ke arah biliknya. Meninggalkan adiknya yang terpinga-pinga.

"Aku tunggu dekat bawah. Kau lambat, kau kena" pesan Tengku Danish seiring dengan langkahnya menuju ke bilik untuk mengambil kunci kereta. Dompet serta telefon miliknya turut diambil sebelum dia bergerak ke lif.

Tiba di tingkat bawah, Tengku Danish ditegur oleh Tengku Seri yang kebetulan mahu masuk ke dalam lif.

"Along nak keluar ke?" Soal Tengku Seri. Tengku Danish mengangguk sebagai jawapan.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now