OY || BAB 9

4.7K 269 11
                                    

AAIRA berjalan dengan langkah tertib di sebelah Wiena

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

AAIRA berjalan dengan langkah tertib di sebelah Wiena. Nara sudah dibawa lari oleh Danyel ke tempat lain. Mahukan privacy kononnya. Tak nak lah tunjuk awal-awal outfit mereka berdua nanti. Wiena dan Auni sempat mengusik Nara sebelum mereka meninggalkan pasangan itu. Tengku Danish sempat memberi jelingan kepada sepupunya itu apabila lelaki itu seakan-akan mahu menghalau dia.

Kini, dia hanya mengikut saja ke mana kawan perempuannya pergi, termasuklah Aaira. Gadis itu menempel rapat dengan Auni dan Wiena. Sesekali gadis itu ada memandang ke kebelakang tetapi cepat-cepat dialihkan pandangan matanya apabila Tengku Danish turut memandang ke arah Aaira.

Wiena dan Auni tak sedar akan itu, sebab kedua-dua gadis itu sibuk melihat barangan perempuan di setiap kedai yang mereka singgah. Biasa perempuan kalau dah masuk, susah nak keluar. Bila dah keluar pulak, tangan mesti penuh dengan paperbag.

Mujur Auni dengan Wiena tak minta Tengku Danish pegangkan barang diorang. Kalau tidak, memang menyesal dia ikut Danyel datang sini. Aaira menoleh ke belakang, cuba melihat Tengku Danish sekali lagi.

Terkemam rapat bibir merahnya saat dia dapat melihat sisi wajah Tengku Danish. Sangat memukau pandangan mata sucinya. Jarang dia nak usya lelaki begini, tetapi kalau lelaki itu ialah Tengku Danish, sukar baginya untuk mengalihkan pandangan.

Aaira kembali memandang ke hadapan. Bimbang lelaki itu sedar akan tingkahnya. Serentak itu juga Tengku Danish turut memandang ke arah Aaira. Dia perasan yang gadis kecil itu memerhatikannya. Sengaja dia memandang ke tepi seolah-olah tidak sedar dengan pandangan gadis itu.

Wajahnya kelihatan tenang melihat Aaira dari atas ke bawah. Comel bertubuh kecil, memegang lengan Auni tidak lepas. Seperti akak dan adik. Sudahlah Aaira hanya separas telinga Auni. Kalau berdiri di hadapannya, mungkin tinggi Aaira hanya separas dadanya sahaja.

"Aaira ada nak beli apa-apa tak?" Tanya Wiena sambil mata melilau melihat sekeliling. Mencari kedai yang menarik. Aaira disebelah Auni terus perlahankan langkahnya. Matanya digerakkan ke arah beberapa kedai di sekitar situ.

"Aaira nak beli kain" balas Aaira perlahan. Auni palingkan wajahnya, memandang ke arah gadis di sebelah.

"Kain? Skirt labuh ke?" Wieda menyoal seraya melihat skirt labuh yang dipakai Aaira.

Aaira mengangguk laju. Dia bosan tengok kain yang sama saja dalam almari bajunya. Kalau boleh dia nak beli dua ke tiga helai kain baru.

Wieda dan Auni mengangguk faham. Mereka berdua mula mencari kedai yang menjual pakaian. Tengku Danish pula mengekor saja ketiga-tiga gadis itu sehinggalah mereka tiba di hadapan sebuah kedai. Auni berpaling untuk melihat jejaka tampan dibelakangnya.

"Kau nak ikut masuk ke?" Tanya Auni. Tengku Danish terdiam sekejap sebelum matanya menurun memandang Aaira. Dia berkira-kira mahu ikut masuk atau tidak. Disebabkan kedai itu hanya menjual pakaian wanita sahaja, lebih baik dia pergi ke tempat lain.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum