OY || BAB 12

4.8K 293 61
                                    

MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

PINTU kereta dibuka luas sebelum Tengku Danish masuk ke tempat pemandu. Enjin kereta dihidupkan dulu. Kemudian dibuka aircond sedikit kuat. Barulah dia menutup pintu kereta.

Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar sementara menunggu yang lain siap. On saja telefon, sudah terpapar berpuluh-puluh mesej dan misscall daripada Farisya. Tidak berpuas hati dengan tindakannya yang mengarahkan Zahra untuk menyuruhnya keluar dari syarikat.

Farisya ada mengadu pada Tengku Seri, dan sudah semestinya dia kena dengar bebelan umminya tadi. Tetapi dia sudah tekankan, jika tiada apa-apa urusan, tidak perlu menganggunya di tempat kerja.

Siap perkenalkan diri sebagai girlfriend dia lagi. Lagilah dia tak beri keizinan untuk masuk. Walaupun perkara itu nampak kecil, tapi bagi dia besar impaknya. Boleh rosak nama dia nanti.

Sudahlah terjerit-jerit di syarikatnya, kalau ada reporter di situ memang naya. Pekerjanya pun kadang-kadang tak boleh percaya, sekejap je sudah viral.

Bila Tengku Danish tegaskan perkara itu, Tengku Seri hanya diam saja. Dia tahu umminya hanya mahu menjaga hubungan persaudaraan antara mereka dan dia tahu umminya faham perangai Farisya itu macam mana.

Tengku Danish hanya tinggalkan bluetick saja untuk Farisya. Kemudian dia block terus nombor gadis itu. Malas mahu melayan.

Tengku Danish melihat cermin pandang belakang kereta apabila terdengar bunyi pintu belakang dibuka.

"Masuk pat Paid" suruh si abang yang masih berdiri di luar. Dia menepuk-nepuk punggung kecil adiknya. Menolak untuk panjat ke atas tempat duduk belakang. Sedangkan adiknya terkial-kial mahu panjat. Sudahnya dia tersembam ke depan. Terus si abang menutup mulutnya terkejut.

"Oyemji Paid! Are you okay?? Does it hurt??" Tanya Tengku Faiq gelabah. Makin kuat dia menepuk punggung adiknya. Tengku Danish tersenyum lucu. Dia menoleh ke belakang. Memandang Tengku Faid yang sudah bangun untuk duduk dengan betul.

"I'm okayhh" jawabnya perlahan sambil mengengsot ke tengah. Tengku Faiq masuk ke dalam kereta lalu duduk di sebelah adiknya. Wajah adiknya diraup dengan kedua tangan. Kemudian diraup ke wajahnya pula. Seakan-akan mahu merasa sakit tersembam tadi bersama-sama.

Tengku Danish tersenyum lagi. Tengku Faiq sangat menyayangi adiknya. Sangat protective. Matanya beralih kepada Tengku Amsyar yang menghampiri kereta. Cermin kereta semua pintu diturunkan.

"Angah, ambik carseat kembar dekat kereta abah" arahnya datar, membuatkan pergerakan Tengku Darwisy yang baru saja mahu masuk terhenti. Dia pandang abangnya tak puas hati. Melihat wajah datar abangnya itu, Tengku Darwisy terus bergerak masuk ke dalam rumah. Nak ambik kunci kereta Tengku Farid.

"Kitowang tak nak duduk dekat carseat. Kitowang dah besar lah" rungut Tengku Faiq. Tengku Danish menoleh ke belakang.

"Selagi belum masuk darjah 1, twin still kena guna carseat, for your safety" ujar Tengku Danish lembut. Mendengarkan itu, si kembar terus memuncung.

Tengku Darwisy keluar dari pintu utama rumah bersama Tengku Seri. Adiknya itu terus menapak ke arah Vellfire milik Tengku Farid, manakala Tengku Seri berjalan menghampiri keretanya. Tak jauh pun, selang dua kereta sahaja.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now