OY || BAB 2

7K 372 112
                                    

DUA pasang mata ralit memerhati lelaki yang sedang sibuk meneliti kertas kerja di ruang tamu. Dengan tubuh yang kecil, muat-muat saja tubuh mereka bersembunyi di belakang sofa yang diduduki oleh lelaki itu. 

"Dhani" seru lelaki itu.

"Little Dhanis" panggilnya lagi apabila tiada sebarang balasan daripada adik-adiknya. Perlahan-lahan mereka mengeluarkan kepala mereka. Hanya separas mata saja yang kelihatan.

"Yes, along" jawab mereka serentak. Tengku Danish tersenyum nipis. 

"Kenapa duduk belakang tu. Duduk dekat sofa sana" tegur Tengku Danish lembut tanpa menoleh ke belakang. Telinganya masih dapat mendengar mereka yang saling berbisik. Beberapa saat kemudian barulah mereka keluar dari tempat persembunyian mereka.

Tengku Danish meletakkan helaian kertas yang dipegangnya ke atas meja. Dia melihat adik kembarnya yang berusaha memanjat sofa di hadapannya. Lawak pula bila tengok kaki comel tu struggle nak panjat. Apabila si abang sudah berjaya naik, terus dibantu adiknya pula. Tengku Danish tersenyum lucu melihat adik-adiknya yang tersandar lelah pada sofa empuk itu.

"Along" panggil si abang, Tengku Faiq Dhani setelah nafaskan kembali teratur.

"Ye, nak apa?" Tengku Danish memandang adiknya dengan pandangan lembut.

"Paiq ngan Paid nak keluar jalan-jalan. Along leh bawakkan tak? Kitowang nak gi pleygound je" ujar Tengku Faiq. Adik kembarnya, Tengku Faid Dhani mengerdipkan matanya memandang Tengku Danish. Tengku Danish tersenyum lucu apabila mendengar cara sebutan Tengku Faiq.

"Playground, sayang. Bukan pleygound" Tengku Faiq terkebil-kebil memandang alongnya.

"Pleyy--gound..pleygound" Tengku Faiq cuba membetulkan sebutannya walaupun lidahnya seakan mahu terbelit ketika menyebut. Dia memandang adiknya disebelah.

"Pleeyyyygound" sebut Tengku Faid pula apabila disuruh abangnya. Dia menyebut dengan wajah yang confident dan sedikit slowmo. Tengku Danish menekup mulutnya menahan diri daripada tergelak.

"Pleygound pleygound..orang playground lah" tegur Tengku Darwisy yang tiba-tiba muncul dari ruangan dapur. Si kembar itu berdiri di atas sofa sambil memegang penyandar sofa.

"Tul la Paiq ngan Paid syebut pleygound. Nyah tu yang tak dengar" balas Tengku Faiq dengan nada meluat. Tengku Faid terangguk-angguk setuju dengan abangnya. Tengku Darwisy membesarkan matanya sambil bercekak pinggang. Kecik

"Nyah kau panggil aku kecik. Angah lah" Kecik besar je dia tengok adik kembarnya.

Si kembar menjelirkan lidah mereka. Tengku Darwisy menjeling sebelum melangkah naik ke tingkat atas. Si kembar menutup mulut mereka apabila Tengku Danish menegur.

"Petang nanti along bawa pergi playground okey? Sekarang tak boleh sebab along ada kerja yang nak kena siapkan. Boleh?" soal Tengku Danish. Si kembar tersenyum lebar sebelum mereka menganggukkan kepala. Tengku Danish tersenyum juga. Dia menyuruh si kembar naik ke bilik mereka. Hilang sahaja kelibat kedua adiknya itu, dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

Tekun sekali dia menyemak fail-fail kerja yang melambak di hadapannya. Sesekali dia mengurut pelipisnya dengan wajah yang berkerut sambil meneliti e-mail yang terpapar pada skrin komputer riba. Tengku Seri yang baru saja keluar dari ruang dapur memandang ke arah anak sulungnya. Dengan langkah yang perlahan, Tengku Seri menghampiri Tengku Danish.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now