OY || BAB 7

4.9K 273 14
                                    

SYIRA merenung chat yang diterima daripada kawan sekolahnya dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SYIRA merenung chat yang diterima daripada kawan sekolahnya dulu. Rasanya sudah beberapa tahun dia tak contact dengan semua kawan lama dia disebabkan oleh kesibukan dia bekerja untuk menstabilkan kehidupannya dahulu. Walaupun gaji dia hanya seberapa saja, dia tetap menghantar sedikit duit gajinya ke kampung. Dia tahu abangnya ada untuk menanggung kehidupan keluarganya di sana. Tapi tak salahkan kalau dia nak berkongsi sedikit. Dia bukannya sejenis orang yang berkira dengan keluarga sendiri.

Okey lari cerita..

Kawan lama dia ni ada ajak dia pergi ke sebuah pusat sukan, berdekatan dengan kawasan taman rumah sewanya ini. Tak ada masalah pun sebenarnya tapi dia terfikir, perlu ke dia ajak Aaira sekali. Walaupun dia perhatikan Aaira tu macam seorang yang lembut dan tak suka aktiviti yang lasak, tapi mungkin dia boleh ajak untuk teman ke. Kan?

Disebabkan perempuan tak pernah salah, dia ajak sajalah Aaira sekali. Lagipun hujung minggu ni bukan ada pergi mana-mana pun. Aaira tu pun asyik baca novel je pagi petang siang malam. Mata dengan otak je asyik bekerja, tubuh badan pun kena bekerja jugak.

Tapi bila difikirkan semula, Aaira rajin kerahkan tenaga dia yang tak seberapa itu untuk mengangkat barang yang berat, susun buku-buku baru, terkejar-kejar melayan pelanggan. Hmm.. takpelah, ajak je lah. Banyak pulak kena fikir.

Bila dia sudah fikir masak-masak, dia terus mencari kelibat Aaira yang tak muncul-muncul sejak petang tadi. Takkan terperap dalam bilik pula. Disebabkan dia malas mahu bangun untuk mencari, dia berdehem sedikit sebelum..

"Aairaaa!!!" Jeritan nyaring milik Syira memenuhi setiap ruangan di dalam rumah. Sangat kuat. Kelebihan yang ada jangan disia-siakan.

Aaira yang sedang membancuh air di dapur terkejut sehinggakan bulu romanya menegak. Ya Allah, kenapa jerit-jerit tu. Dia dah la cepat overthinking. Lekas-lekas dia berlari anak ke ruang tamu. Berkerut nipis dahinya ketika melihat Syira elok saja duduk bersandar di kusyen sofa. Syira turut memandangnya pelik.

"Kenapa?" Soal Aaira sedikit risau. Takut pula dia bila rakannya itu memandangnya semacam.

"Ka-kau..bila kau pergi dapur? T-tak tak.. macam mana kau, ada dekat dapur tu?" Tergagap Syira bertanya. Seingatnya dia tak nampak pun gadis itu keluar bilik. Entah-entah..

"Hish kau ni, aku dah lama dekat dapur tu. Aku lalu bukannya kau perasan pun. Duk pandang telefon tu macam nak tembus" ujar Aaira sedikit geram, dia yang overthinking ke kawan dia yang overthinking sekarang ni. Aaira memandang tajam ke arah kawannya itu. Syira terkebil di situ sebelum dia tersengih bersalah.

"Alah sorry laaa. Aku baca chat dari kawan lama aku je. Tu yang tak perasan tu"

Aaira menggelengkan kepalanya sebelum berpusing untuk ke dapur semula. Airnya tadi ditinggalkan macam tu je, punyalah dia risau dengan Syira. Setelah siap membuat air, dia terus membawa mug itu ke ruang tamu.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now