OY || BAB 33

4.3K 269 26
                                    

WAJAH pucat si isteri yang terbaring di atas katil ditenung lama sebelum satu ciuman jatuh pada dahi bersih itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

WAJAH pucat si isteri yang terbaring di atas katil ditenung lama sebelum satu ciuman jatuh pada dahi bersih itu. Diusap lembut ubun-ubun dan membetulkan sedikit selimut yang menutupi tubuh Aaira.

Nafas berat dilepaskan. Masih risau dengan keadaan isterinya. Dia sudah memanggil seorang ustaz untuk memeriksa keadaan Aaira. Sampai saja di rumah, Aaira pengsan dalam tidurnya apabila Tengku Danish cuba mengejut gadis itu bangun dari lena. Dia yakin ada sesuatu yang tak kena dengan isterinya itu.

Dengan sikap yang tiba-tiba berubah dan cara Aaira memandangnya. Sangat lain dari kebiasaan.

Memang Aaira disihir. Tetapi tak tahu apa puncanya. Dia sudah mengarahkan semua pekerja di rumah mereka untuk memeriksa di setiap pelosok rumah. Risau sekiranya ada benda-benda yang tak patut ada di rumah ini.

Bila difikirkan semula, siapa yang mahu menyihir isterinya ini. Setahunya Aaira tak ada ramai kenalan.

Ada yang berdendam dengan Aaira? Atau dengki?

Dia tak boleh nak menuduh sesiapa yang rapat dengan Aaira. Tak mungkinlah Dayana. Wanita itu sudah melingkup di penjara. Bagaimana dia mahu menghantar sihir.

Diurut pelipisnya.

Dia sudah maklum kepada keluarganya di villa dan mereka akan datang melawat Aaira esok pagi.

Haih..

Wajah diraup dengan tangan sebelum terasa lengannya disentuh lembut. Pantas dia memandang ke arah Aaira yang sudah sedar itu.

"Aaira" Tengku Danish mengusap ubun-ubun Aaira.

"Awakk"

"Saya sakit ke?" Aaira menyoal perlahan. Serak suaranya. Terasa perit. Tengku Danish menggeleng kecil bersama senyuman nipis. Dibantu isterinya bangun menyandar pada kepala katil.

"Ada rasa apa-apa tak sekarang?" Tengku Danish menyoal perlahan. Nadanya agak lembut dari kebiasaan. Aaira melepaskan nafas berat. Mata layu memandang riba. Kejadian sewaktu di dalam kereta kembali menjengah di kepala.

Rasa sakit tadi..

Aaira tak tahu apa yang terjadi pada dirinya sendiri. Perkara begitu tak pernah berlaku padanya.

"Takk.. cumanya saya rasa lemah dan-"

Bunyi yang datangnya daripada perut Aaira menghentikan bicara itu dengan serta merta. Perlahan-lahan Aaira mendongak memandang Tengku Danish bersama sengihan lebar.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now