OY || BAB 15

4.9K 281 53
                                    

MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

AAIRA termenung melihat dress royal blue yang tersangkut pada almari pakaiannya. Masih berbungkus lagi, menandakan baju itu baru saja dihantar oleh orang butik sebentar tadi. Sejujurnya dia masih blur dengan apa yang berlaku dalam satu minggu ini. Dari hari di mana Tengku Danish berjumpa dengannya, sehinggalah ke hari ini.

Kak Auni sudah offer diri untuk makeup kan dia. Sungguh dia tak bersedia lagi. Dengan dia masih terkial-kial memakai kasut tumit yang tak berapa tinggi itu. Selalunya dia hanya pakai sneakers atau kasut sarung sahaja.

Tapi disebabkan dia terlalu err.. rendah? Dia kena pakai kasut tumit tinggi, lebih sesuai untuk dipadankan dengan dress labuh itu. Kak Nara ada beritahu dia, bila dia berdiri di sebelah Tengku Danish. Sangat jelas ketinggiannya hanya separas dada Tengku Danish sahaja.

Terasa pendek gila..

Aaira mengalihkan matanya ke arah tudung shawl yang sudap siap-siap dia iron pagi tadi. Tak nak terburu-buru nanti. Sudahlah semuanya masih baru untuk Aaira. Dengan majlis itu lagi, makeup lagi, barang-barang mahal yang sebelum ini dia tak pernah terfikir nak pakai, tiba-tiba kena pakai.

Helaan nafas panjang dilepaskan. Macam mana lah gayanya malam nanti.

Syira meninjau ke dalam bilik Aaira. Mahu melihat apa yang gadis itu lakukan. Nampak saja Aaira yang sedang termenung itu, dia terus menolak pintu bilik agar terbuka dengan lebih luas. Menghasilkan bunyi kuakan pintu yang jelas kedengaran.

Aaira terus tertoleh ke tepi. Lebih tepat, ke arah pintu bilik. Terus dia terpandang susuk tubuh Syira yang elok bersandar di tepi pintu. Sebelah alis matanya terangkat sedikit.

"Termenung nampak" tegur Syira seraya berjalan menghampiri Aaira. Tempat disebelah gadis itu diambil.

Aaira mengherotkan bibirnya sebelum berpaling ke sebelah. Mata terkelip-kelip memandang Syira sebelum beralih ke arah jam dinding. Dah nak masuk pukul tujuh.

"Takutlah" Syira mengangkat sebelah keningnya.

"Takut kenapa pulak? Majlis reunion je pun, makan-makan lepastu balik lah" ujar Syira selamba. Aaira tertunduk.

"Aku kan tak pernah pergi majlis macam tu" Bibir dicebikkan. Entahlah. Dia rasa macam ada something yang akan berlaku nanti. Nak cakap benda baik macam tak. Tapi takkan benda buruk pulak?

Eii.. tacod bethul overthinking ceni.

"Lek je lah. Everything will be fine" ucap Syira sambil mengusap lembut bahu kawannya itu. Dia faham apa yang Aaira rasa. Lagi-lagi bila difikirkan, sekolah Tengku Danish dulu sekolah elit. Memang ramai lah anak-anak korporat dekat sana.

"Macam mana kalau aku tergolek dekat majlis tu nanti? Lepastu semua orang tengok aku. Habislah! Mesti Tengku Danish malu berpasangan dengan aku" ujar Aaira bersama rengekan kecil pada akhir ayat. Dia risau. Tengku Danish tu bukannya cokia-cokia punya orang.

"Ishh kau ni. Jangan lah overthinking sangat. Chill je. Nanti akak Auni dengan yang lain kan ada" pujuk Syira lembut. Cuba untuk menenangkan kawannya itu.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now