OY || BAB 1

18.8K 439 125
                                    

AAIRA terjaga apabila terdengar bunyi daun pintu ditolak kuat dari luar. Aaira terpisat-pisat memandang ke arah pintu bilik yang dia duduk. Dia lekas bangun apabila ternampak susuk tubuh yang sedang meluru ke arahnya.

"Amboi! Tidur lagi kau ye! Kau pergi bilik air sekarang. Aku nak kau cuci semua baju-baju yang ada dekat dalam bilik air tu" arah Dayana sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah luar bilik seolah menunjuk ke arah bilik air. Aaira menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Eh, kau dengar tak ni?!" soal Dayana kasar. Pantas Aaira menganggukkan kepalanya.

"Aku nak keluar ni. Pastikan kau buat ye! Kalau aku balik nanti, masih ada baju-baju tu, siap kau" ujar Dayana sebelum keluar dari bilik tersebut.

Hilang sahaja kelibat Dayana di sebalik pintu. Bingkas Aaira berdiri lalu keluar pergi ke bilik air. Tak mahu melambatkan kerja.

Rumah Clarkia merupakan sebuah pusat penjagaan anak yatim. Keadaan pusat penjagaan ini berbeza jika mahu dibandingkan dengan yang dulu, sekarang sudah berubah seratus peratus sejak penjaga lama tempat ini meninggal dunia. Arwah menyerahkan Rumah Clarkia ini sepenuhnya kepada anak tunggalnya, Nurul Dayana. Wanita itu masih belum berumah tangga meskipun umurnya sudah mencecah 36 tahun.

Sejak Dayana mengambil alih menguruskan Rumah Clarkia, anak-anak yatim sudah dilayan seperti hamba. Kanak-kanak di sini akan dipukul sekiranya mereka tidak patuh akan segala arahan Dayana. Memang tak berperikemanusiaan tetapi nak buat bagaimana lagi. Hanya di sini tempat Aaira boleh berteduh untuk meneruskan hidup. Lagipun dia dah biasa walaupun kadangkala sakit juga kalau dipukul Dayana.

Habis lebam badannya kalau tak ikut arahan Dayana. Pernah sekali Aaira mahu ke dapur tetapi langkahnya terhenti dek terdengar tangisan budak.

Kepala Aaira dijenguk ke dapur. Kelihatan dua orang kanak-kanak kecil menangis dengan kuat sekali membuatkan Dayana yang sedia marah tu semakin naik angin.

"Aduhh budak ni memang menyusahkan aku lah! Aku suruh basuh pinggan mangkuk ni je pon. Susah sangat ke? Habis pecah barang aku!" tengking Dayana.

Tangisan kanak-kanak itu semakin kuat. Kasihan Aaira melihatnya. Mahu sahaja dia menolong tetapi melihatkan wajah garang Dayana, terus dibatalkan sahaja niatnya.

Aaira segera menyembunyikan dirinya apabila Dayana seperti mahu bergerak keluar dari ruang dapur.

Lantas dengan itu Aaira terus menapak ke dapur selepas sahaja Dayana hilang dari pandangan matanya.

"Meh akak Aaira tolong ye" ujar Aaira perlahan. Kanak-kanak itu tersebik-sebik melihat Aaira. Diorang dah berhenti nangis dah. Mungkin takut Dayana marah mereka lagi.

"Kak Aaira--" terhenti percakapan budak tu apabila suara Dayana memetir kuat dari pintu dapur.

"Aaira! Kau tak payah nak tolong budak-budak tu. Kau pergi sapu sampah kat belakang sekarang" arah Dayana. Aaira mengeluh.

"Kak Dayana. Aaira nak tolong adik-adik ni dulu. Bila dah siap semua ni, baru Aaira pergi belakang ye" pinta Aaira perlahan. Dayana menjenggilkan mata apabila mendengar balasan daripada Aaira. Kanak-kanak tadi sudah tertunduk takut.

"Kau degilkan! Aku suruh buat bila? Sekarang kan?! Jadi kau pergi buat SEKARANG JUGA!!"arah Dayana kuat. Aaira menggeleng tak nak. Entah dari mana kekuatannya datang. Melihat gelengan daripada Aaira membuatkan Dayana semakin naik angin. Dia terus menarik kasar tangan Aaira.

Rotan yang tersangkut di dinding dicapai lalu dihayunkan ke tubuh Aaira . Aaira menahan perit apabila setiap sebatan itu hinggap di kulit belakang tubuhnya. Air mata mengalir perlahan. Memang sakit! Kanak-kanak tadi hanya mampu menahan tangisan mereka melihat kakak mereka diperlakukan sebegitu.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now