OY || BAB 17

4.9K 298 103
                                    

MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

AAIRA terpegun melihat slide yang ditayangkan di hadapan. Mata dia hanya fokus pada seseorang. Tengku Danish! Gambar lelaki itu satu pun tak ada yang tersenyum. Semuanya muka tak berperasaan.

Aaira menoleh ke sebelah, memandang ke arah lelaki di sebelahnya. Kelihatan lelaki itu sudah menunduk ke bawah dengan wajah bosan. Langsung tak ada minat untuk melihat klip video yang menyiarkan gambar-gambar zaman persekolahan mereka.

Dia bukannya apa, dia sedikit tersentuh melihat slide itu. Dia tak pernah merasa pengalaman berada di sekolah elit mahupun sekolah biasa. Peluang untuk bergambar begitu, melakukan pelbagai aktiviti di sekolah sememangnya tak pernah dapat dia rasai. Dengan bagaimana rasanya membesar di Rumah Clarkia, di dera, belajar sendiri dan menjadi calon SPM persendirian.

Kalau dia diberikan peluang untuk merasai kenikmatan belajar dalam suasana dan tempat seperti itu, mungkin dia dapat merasai kehidupan menjadi pelajar biasa. Yang normal.

Hmm..

Sedang leka dia merenung sisi wajah Tengku Danish, tiba-tiba lelaki itu berpaling ke arahnya. Serentak itu juga Aaira mengalihkan pandangan ke arah slide semula dan ketika itu juga keluar gambar Tengku Danish yang lengkap berpakaian biru beserta kot hitam di luar. Sangat kemas.

Maka, keluarlah teriakan para gadis. Yang mengilai pun ada. Terkebil-kebil mata Aaira melihat suasana dewan yang gamat dengan jeritan.

"Pfft" Rafiq tertahan gelak. Dia melihat Tengku Danish yang sudah mula rimas. Terjerit-jerit menyebut namanya.

Tahulah nama dia sedap.

"Bro, kau tak datang reunion sebelum ni pun still ramai fans eh.." sakat Danyel bersama senyuman mengusik. Haseena mengherotkan sedikit bibirnya sambil mengangguk kecil.

"Yeah, not bad you waktu sekolah dulu. Dulu handsome, sekarang pun handsome. Malah bertambah handsome" puji Haseena yang sebenarnya lebih kepada mahu mengusik lelaki itu. Nara mengangguk setuju.

"Well, Danish was the king that time" ujar Rafiq sambil menjeling Tengku Danish sedikit. Aaira menjongketkan kedua keningnya melihat Rafiq. Tertarik dengan perkataan king tersebut.

"Wow! Really? King of what?" Tanya Haseena. Dia melihat Rafiq yang tersengih-sengih memandang Tengku Danish. Danyel tersenyum jahat.

"King of –"

"Oh god!.. stop that please. Don't tell them" pinta Tengku Danish. Dia memandang kedua-dua kawannya dengan wajah frust. Membuatkan Rafiq, Danyel dan Nara mahu melepaskan tawa mereka. Sungguh wajah lelaki itu terlihat lucu pada mereka bertiga.

"Mann.. that's funny tho" Kepala digeleng kecil. Gelaran yang memalukan betul. Fans Tengku Danish tak boleh dibawa main.

Haseena dan Aaira terkebil tak faham. Apa yang diorang gelakkan ni?

"Kenapa? Saya nak tau jugak" ujar Aaira perlahan kepada Tengku Danish.

"Me too" celah Haseena. Kalau benda lawak, dia nak tahu juga.

Tengku Danish menghela nafas panjang sebelum pandangannya menurun pada wajah Aaira. Polos sungguh.

"Takde pape pun. It's not an important thing for you to know" balas Tengku Danish mendatar. Haseena mencebik sedikit.

"It's okay Aaira, I'll tell you about this later" ujar Danyel selamba. Membuatkan Tengku Danish memberikan pandangan yang cukup tajam buatnya.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now