OY || BAB 44

2.7K 205 10
                                    

Notify me with the typo.

DI PAGI hari yang damai, suasananya tenang dan dingin saja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DI PAGI hari yang damai, suasananya tenang dan dingin saja. Suasana di luar villa milik keluarga Tengku Farid tampak tenang. Melainkan di dalamnya, dipenuhi dengan suara si kembar yang sedang berperang di ruang tamu. Pelbagai bunyian yang meniti keluar dari seulas bibir kecil itu.

Tengku Farid sudah ke tempat kerja. Tengku Seri pula sibuk di taman bunga kesayangannya. Tengku Danish dan Aaira melepak di ruang tamu. Tengku Darwisy pula masih berdengkur di bilik.

Tengku Danish perasan adiknya itu sering balik lewat malam, semenjak dia duduk di villa. Entah ke mana Darwisy pergi. Buat masa ini, dia tak mahu sibuk dalam hal adik-adiknya.

Biarlah mahu keluar ke mana-mana sekalipun. Asalkan masih tahu jalan balik rumah. Tetapi sekiranya ada apa-apa yang pelik berkenaan Darwisy, maka dia akan upah pengintip untuk lapor aktiviti harian Darwisy padanya. Apa-apa yang berlaku, dia akan diam-diam bertindak.

Sedang Tengku Danish berkhayal merenung kaca tv, tiba-tiba pintu utama rumah dibuka kasar daripada luar. Tersentak Aaira dan Tengku Danish yang sedang bersantai di ruang tamu. Satu figuri perempuan yang berdiri tegak sambil memandang ke arah mereka dilihat.

"Cik, tolong keluar sekarang. Cik tak dibenarkan mas–"

"Aairaa!! My friendd!!" Jerit gadis itu kuat seraya melepaskan dirinya daripada tubuh tegap pengawal di villa itu. Membuntang sepasang matanya apabila dipulaukan begitu sahaja. Dia terkaku buat seketika tatkala melihat Aaira sudah berpelukan dengan gadis itu.

Sesaat selepas itu, mata pengawal itu bersabung dengan mata Tengku Danish yang memberi isyarat mata kepadanya. Tanpa banyak soal, dia terus tunduk hormat sebelum bergerak ke luar rumah semula. Pintu utama turut ditutup rapat sebaik sahaja kaki menapak ke atas jubin di hadapan pintu utama.

Aaira di sebelah suaminya terus duduk tegak. Bibir menarik senyum lebar. Lama sudah tak jumpa dengan Syira. Kali terakhir mereka berjumpa pun ketika Aaira baru bersalin di hospital. Selepas itu, Syira terus sibuk dengan hal peribadinya. Aaira memahami, jadi dia beri kawannya itu ruang untuk diri sendiri. Lagipun mereka tak ada lah sampai tak berhubung langsung. Masih berbalas mesej, masih dapat berbual melalui telefon bimbit.

Aaira memeluk Syira kuat sebaik sahaja gadis itu duduk di sebelahnya. Tengku Danish perlahan-lahan berganjak menjauhi isterinya. Mata masih fokus pada siaran di hadapan. Beberapa saat kemudian, pelukan akhirnya dilepaskan.

"Kau sesat ke? Lambatnya sampai" soalnya bersama senyuman yang masih melekat di bibir. Syira memuncung seraya menganggukkan kepalanya.

"Haah, aku lupa jalan ke rumah mertua kau ni. Abe waze tak membantu langsung. Dia bawak aku ke loji kumbahan ada lah" balas Syira perlahan. Rasa mahu baling saja telefon bimbitnya miliknya tadi. Buat hal betul! Sudahlah di pintu masuk itu ada pak guard. Seperti polis pencen menyoal tak berkesudahan. Penat dia mahu menjawab. Pada akhir cerita, dia tunjuk gambar dia bersama keluarga besar Tengku Farid. Barulah brother tu benarkan dia masuk.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now