OY || BAB 13

4.8K 292 63
                                    

MRS. DANISH
"no one sees what I see on"

-✿-

AAIRA mengelamun memikirkan pertemuannya dengan Tengku Danish minggu lepas. Dia asyik terfikirkan lelaki itu saja. Puaslah dia buang wajah itu dari otak, tapi tetap pusing-pusing dalam minda dia juga. Macam mana nak lupakan lelaki itu? Ada tips?

Kena hantuk dekat dinding dulu kut baru boleh lupa. Tapi takut nanti amnesia terus pulak. Haihh..

Aaira berdiri di tepi jalan. Mahu ke kedai 7 eleven di seberang sana. Matanya yang memandang kiri dan kanan terhenti pada sebuah khemah kecil yang menjual sesuatu.

Oh my! Gerai pisang goreng cheese!

Tiba-tiba perut dia berdangdut lapar minta diisi. Padahal di rumah tadi sudah disumbat dengan bermacam makanan. Aaira menggigit kukunya perlahan. Nak beli ke tak eh?

Tangannya turun memegang perut. Beli je lah. Perut dia juga yang kenyang nanti. Kita lupakan saja apa yang kita makan tadi.

Muahahahaha!!

Tanpa berfikir buat kali kedua, dia terus bergerak menghampiri khemah kecil itu. Tak jauh pun. Sebaris dari tempat dia berdiri saja. Bersinar-sinar matanya melihat peniaga itu meletakkan cheese di atas pisang goreng di dalam kotak. Mungkin untuk pelanggan di sebelah dia ni.

Peniaga itu menoleh sekilas ke arah Aaira sambil tersenyum.

"Dik nak pisang goreng?" Tanya peniaga itu. Aaira mengangguk seraya tersenyum lebar.

"Saya nak pisang goreng cheese dengan coklat tu" ujar Aaira. Peniaga itu mengangguk. Pelanggan tadi sudah beredar selepas membayar bungkusannya.

Aaira sabar menunggu peniaga itu bungkus untuknya pula. Hidungnya terhidu bau pisang goreng yang masih panas.

Sedapnya bau! I is tak sabar nak makan.

Aaira mengeluarkan duitnya siap-siap apabila melihat kotak yang berisi pisang goreng sudah dimasukkan ke dalam plastik.

"Ni dik, saya jual ya" ujar peniaga itu. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Semoga rezeki pakcik harini melimpah ruah dengan pelanggan yang ramai.

Aminn..

Sempat diselitkan doa untuk pakcik itu di dalam hati.

"Terima kasih" ucapan Aaira dibalas peniaga itu lembut. Aaira beredar dari situ. Dia tersenyum sendiri. Sabar ye pisang goreng, kejap lagi aku makan kau. Hshshshs..

Aaira berdiri di tepi jalan. Bersedia untuk melintas. Selepas memastikan tiada kereta yang lalu, Aaira terus melintas jalan sambil membetulkan pegangan plastik di tangan kanannya sehinggalah telinganya menangkap bunyi hon panjang dari arah kanan.

Jantungnya berdetak laju. Terbuka luas matanya apabila melihat sebuah kereta meluncur laju ke arah tempat dia berdiri. Jantung dia nak terlompat keluar dah, nak selamatkan diri dulu. Kakinya statik tidak bergerak seolah-olah sudah digam di tengah jalan itu.

Mata ditutup rapat apabila kereta itu semakin hampir. Ya Allah, dia tak sempat nak makan pisang goreng cheese lagi. Janganlah tarik nyawa dia lagi!

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now