OY || BAB 40

4.5K 324 20
                                    

Notify me with the typo

MESEJ yang terpapar di skrin telefon dipandang dengan satu senyuman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MESEJ yang terpapar di skrin telefon dipandang dengan satu senyuman. Tetapi seketika kemudian, dia mula menggigit jari. Otak ligat berfikir.

Tengku Danish menguak daun pintu bilik ke dalam. Isterinya yang tegak berdiri di hadapan meja solak dihampiri. Aaira langsung tidak perasan dengan kehadirannya. Lantas dia menciut pinggang isterinya itu.

Aaira tersentak kecil. Laju dia pusing ke arah kanannya. Tengku Danish dipandang berdama kerutan di wajah. Permukaan perut besarnya dipegang.

"Kenapa?" Tanya Aaira perlahan.

Sebelah kening Tengku Danish terjongket tinggi.

"Aaira ada apa-apa nak beritahu abang?" Dibalas soalan isterinya tadi dengan soalan. Kedua belah tangan naik memeluk tubuh sambil memerhatikan isterinya dengan pandangan biasanya.

Aaira diam tak faham. Namun, selepas itu baru dia dapat menangkapnya. Skrin telefon dipandang sekilas.

"Ermm.. abangg" Panggil Aaira meleret. Dirapatkan perutnya dengan perut berotot si suami. Tengku Danish hanya perhati saja tindak tanduk isterinya itu.

"Hmm" Tengku Danish menyahut perlahan.

"Aairaa.. nak keluar makan-makan dengan kak Mellysa boleh?" Tanya Aaira lagi sambil melarikan hujung jari telunjuknya pada dada bidang Tengku Danish. Dilukis bentuk love di situ. Kemudian diraup dengan tangan lalu dilekapkan pula pada perutnya. Diusap lembut.

Satu love dari papa untukmu anak.

Kening Tengku Danish terangkat. Hujung bibir ternaik sedikit. Lucu melihat tingkah Aaira tadi.

"Makan-makan? Punyalah banyak abang suap Aaira dengan makanan harini, lepastu Aaira nak keluar lagi? Tak kenyang lagi ke?", Soalnya lagi. Bibir Aaira yang mula memuncung itu dipandang lama.

Gewamm..

"Alooo.. Aaira makan bukan untuk sorang je. Untuk anak dalam perut ni jugak. Abang suap banyak-banyak tu Aaira kena share dengan baby" balas Aaira perlahan. Dilagakan lagakan perutnya dengan perut Tengku Danish. Sengaja buat begitu.

Mengecil mata lelaki itu memandangnya.

"Kau buat macam tu, marah baby nanti" tutur Tengku Danish perlahan seraya menepis lembut jari nakal Aaira.

Dah nak jadi mak orang pun masih nak menggatal lagi. Aaira tersengih tak bersalah sebelum kembali memuncung.

"Boleh tak abang?" Tanya Aaira buat kali kedua.

"Hmm.. boleh. Tapi dengan satu syarat" Kening Aaira terangkat tinggi.

"Apa dia syaratnya?" Tanya Aaira perlahan. Tengku Danish menggarit satu senyuman.

"Kiss me"

"Kiss me"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now