OY || BAB 39

4.9K 304 50
                                    

Notify me with the typo

PERUT yang semakin membukit diusap lembut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PERUT yang semakin membukit diusap lembut. Sedikit hairan melihat perutnya ini. Baru saja mencecah empat bulan lebih, tetapi sudah besar begini seperti sudah mencecah lima ke enam bulan. Kata suaminya, saiz perutnya ini sama dengan perut Tengku Seri ketika mengandungkan Tengku Faiq dan Tengku Faid.

Aaira tak mahu fikir jauh sangat. Dia tak arif dengan perkara sebegini. Tambahan pula, ini pengalaman pertamanya mengandung. Dia harus belajar dengan ibu mertuanya nanti.

Beberapa saat kemudian, dia pusingkan kepala ke arah suaminya yang masih lena. Bibir digigit perlahan.

Nak kejut ke tak?

Alahaii anak mama ni.. tengah malam jugalah dia nak mamam. Macam mana dia boleh termimpi nasi dagang tadi. Kan dah mengidam nak makan.

Tengku Danish dipandang lagi. Lama. Sehinggalah dia terpaksa juga mengejut lelaki itu daripada lena. Tangan menepuk bahu suaminya perlahan.

"Abang"

Melihat gerakan kecil Tengku Danish, Aaira terus menghentikan tangannya. Anak mata bergerak mencari wajah si suami dalam samar-samar cahaya daripada lampu tidur. Tengku Danish bangunkan tubuhnya bersandar pada kepala katil.

Dengan mata yang separuh terbuka, dia menggamit Aaira untuk merapat. Aaira tersenyum lebar. Laju dia bergerak naik le atas riba Tengku Danish. Kedua belah kaki dilipat di sisi peha suaminya.

"Pukul berapa ni?" Aaira tersenyum mendengar suara serak basah itu. Tangan naik menyentuh rambut kusut Tengku Danish. Juntaian rambut pada dahi itu dibawa ke belakang seraya menjongketkan kedua belah bahu. Dia bangun tadi pun tak tengok jam. Mengidam sangat. Bibir digigit.

Nak mintak macam mana ni?

Sebelum ni dia pernah je mengidam. Tapi itu pada waktu siang. Selalu waktu malam dia tahan saja sebab tak nak menyusahkan suaminya. Sudahlah penat dengan kerja, lepastu nak melayannya lagi.

Hmm..

Tengku Danish mencapai gajet nipis di atas meja di sebelah katil. Dia melihat skrin yang bercahaya itu. Aaira turut mengintai sedikit.

Omoo.. pukul 2 pagi. Terus wajah berkerut suaminya dipandang.

"Aaira okey? Tak selesa nak tidur ke? Ke Aaira sakit pinggang?" Tanya Tengku Danish perlahan. Aaira menggeleng kepala dengan wajah menghadap dada Tengku Danish yang dilitupi kain baju.

Selalunya Tengku Danish tidur tak pakai baju. Tetapi disebabkan malam ini hujan, disarung juga baju nipis. Sejuk.

"Aaira okey jee. Tapii..." Sengaja suaranya dileret panjang. Anak mata naik sedikit melihat wajah suaminya.

"Aaira teringin" Sambungnya perlahan. Mata masih melekat pada wajah tampan itu. Menunggu reaksinya. Namun, Aaira menggigit bibir bawahnya tatkala melihat senyuman nipis yang terbit pada seulas bibir merah itu.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now