OY || BAB 38

4.3K 263 16
                                    

Notify me with the typo

DAHI Aaira berkerut nipis apabila kereta yang dinaikinya masuk ke perkarangan sebuah pusat anak yatim

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

DAHI Aaira berkerut nipis apabila kereta yang dinaikinya masuk ke perkarangan sebuah pusat anak yatim. Anak-anak kecil berkeliaran bermain di sekitar situ memandang kereta mereka dengan penuh jakun. Ada yang berlari menghampiri kereta yang dipandu Zein.

Aaira yang sedari tadi melihat perlahan-lahan mengukir senyuman hiba. Ingatannya masih kuat lagi. Cukup kuat untuk mengingatkan dia kenangan lalu.

Tengku Danish menarik senyum nipis melihat wajah isterinya. Pinggang Aaira diusapnya lembut.

"Abang Waiz!!"

Uwaiz yang baru saja keluar dari perut kereta terus diserang beramai-ramai. Lelaki itu tergelak kuat tatkala seorang budak lelaki sudah memeluk kakinya seperti koala bear. Zein terkelip-kelip melihat.

Aaira turut memandang lelaki itu pelik sebelum memandang ke arah sekumpulan kanak-kanak yang berlari ke arah Zayn.

"Abang Yenn!!" Jerit mereka kuat. Zayn ketawa kecil sebelum merendahkan tubuhnya menyamai ketinggian anak-anak kecil itu.

Tengku Danish tunduk sedikit apabila terasa seluarnya ditarik seseorang. Dia tersenyum melihat sekumpulan kanak-kanak di situ. Menantinya dengan penuh sabar.

Ada yang sudah tercebik-cebik mahu menangis. Dibelakang mereka ada seorang penjaga. Tersenyum menyambut kedatangan mereka.

Tengku Danish jatuhkan kepala sedikit sebelum berpaling ke arah isterinya.

"Aaira"

Aaira toleh ke wajah Tengku Danish. Dia mengikut arah mata lelaki itu.

Perlahan-lahan turun sehingga wajah-wajah di hadapan suaminya itu memenuhi ruangan mata.

Tanpa sempat di tahan, air mata jatuh mengalir ke pipi.

"Kak Aaira" Panggil satu suara kecil yang sudah mendayu sebak. Aaira teresak kecil sebelum mula menapak menghampiri mereka yang turut berlari ke arahnya.

Tengku Danish tersenyum nipis melihat mereka. Zein yang berdiri tak jauh dari mereka, mengusap hujung mata yang mula berair. Turut hiba dengan aksi jejak kasih itu. Uwaiz menjeling lelaki itu. Penuh kepalsuan.

"Kitorang rindu kak Aaira" tutur Hidayah sambil menangis teresak-esak. Tubuh Aaira dipeluk kuat. Bagai mahu melepaskan rindu yang sekian lama terpendam. Anak-anak yang lain turut meluahkan perasaan mereka.

Syukur alhamdulillah..

Allah temukan dia semula dengan adik-adiknya. Allah bantu dia melalui suaminya. Terima kasih ya Allah.

"Maaf.. Maafkan akak" ucap Aaira. Cukup perlahan. Tak mampu menahan sebak di hati.

 Tak mampu menahan sebak di hati

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.
ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon