OY || BAB 30

5.2K 268 21
                                    

TENGKU DANISH mengurut pelipisnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TENGKU DANISH mengurut pelipisnya. Kertas-kertas yang bersepah di atas meja dilihat dengan wajah yang berkerut-kerut. Agak berpinar matanya melihat tulisan pada kertas tersebut. Dengan banyak nombornya lagi. Rasanya dia kena check satu-satu.

Tak mampu dia nak check sekali semua kertas ni. Memenatkan otak dia saja nanti.

Nafas berat dihela perlahan. Tangan terus bergerak menyusun semula kertas-kertas tadi ke dalam fail. Tiba-tiba saja dia jadi noob time buat kerja.

Sejak bila?

Entah lah, sejak kahwin kut. Dia nak buat kerja dekat rumah pun bukannya dia boleh fokus. Ada saja gangguan. Lagi-lagi bila stay dekat villa Tengku Farid. Lagi bertambah lah gangguan. Si kembar itu pun dah jadi geng si Aaira. Tak lama lagi si Darwisy pula masuk team diorang. Memang huru-hara lah hidup dia lepas ni.

Tok!

Tok!

Tok!

Bunyi ketukan pintu mengalihkan perhatiannya sesaat. Namun matanya masih tertumpu pada helaian kertas di atas meja.

"Come in" Laungnya sedikit kuat.

"Awak!" Panggil satu suara kecil. Tengku Danish angkat kepala. Memandang tepat ke arah pintu pejabatnya. Terjengul separuh tubuh isterinya di situ.

Sebelah kening Tengku Danish terjongket tinggi.

Aaira masukkan tubuhnya ke dalam sebelum merapatkan daun pintu semula. Sempat dikunci pintu tersebut lalu bergerak menghampiri si suami yang masih duduk di atas kerusi. Beg yang dia jinjing diletakkan di atas meja Tengku Danish.

Tangan Tengku Danish dicapai dan dikucup kuat. Siap ada bunyi 'muahh' lagi. Excited sangat nak jumpa suami. Aaira tersengih-sengih saja. Sengaja dia berlrdiri rapat dengan tubuh Tengku Danish yang sedang duduk itu.

Ehehe..

"Kau datang sini naik apa?" Garau suara Tengku Danish bertanya. Aaira mengemam bibir buat seketika sebelum kembali sengih tayang gigi.

"Saya naik grab je" balas Aaira perlahan sambil jari telunjuk dilarikan ke bahu lebar Tengku Danish. Dicucuk-cucuk jari runcingnya di situ.

Tengku Danish mengerutkan dahi.

Rasanya dia ada suruh si Darwisy tolong hantarkan Aaira sekiranya isterinya ini mahu pergi kemana-mana. Risau mahu biarkan keluar sendiri. Hatta dengan driver Tengku Farid sekalipun. Bukan dia tak perasan bagaimana cara pandangan pekerja abahnya terhadap Aaira. Sangat merisaukan.

Haih..

"Kenapa tak suruh angah hantarkan?" Lengan halus Aaira ditarik lembut. Didudukkan isterinya di atas riba. Bukan dia tak perasan si Aaira ni asyik jeling ribanya saja. Tak habis dengan itu, berdiri rapat bukan main . Padahal kerusi lain ada je dalam pejabat dia ni. Sofa pun ada. Nak juga duduk atas ribanya.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now