OY || BAB 8

4.9K 297 4
                                    

AAIRA menggeliat kecil sebelum dia melepaskan nafas lega

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AAIRA menggeliat kecil sebelum dia melepaskan nafas lega. Mata masih tertutup, rasa mengantuk lagi. Semalam dia dan Syira balik lewat malam selepas puas menghabiskan masa di pusat sukan. Tersengguk-sengguk Aaira di bangku sedangkan Syira masih bersemangat untuk meneruskan permainan.

Kedua tangan didepakan bersama senyuman yang terukir tanpa sedar. Dia teringat mimpinya tadi, di mana dia memandang ke arah Tengku Danish di suatu tempat. Agak samar-samar sebenarnya tapi tak tahulah perasaan dia bagaimana tatkala Tengku Danish yang berada di dalam mimpinya itu turut membalas pandangannya semula. Perut dia terasa berbunga-bunga.

Aaira tersengih miang sambil menutup wajahnya. Kaki tak duduk diam, tergedik-gedik menghentak permukaan tilam. Dia tak tahu perasaan yang membuak-buak di dalam hatinya ini. Seboleh-bolehnya dia mahu lupakan lelaki tengku itu tetapi wajah lelaki itu tidak mahu lari dari otaknya. Malah dia mesti akan tersenyum tanpa sedar ketika teringatkan pertemuan mereka.

Aaira memandang siling biliknya. Mimpinya malam tadi terasa real, ke sebenarnya tu bukan mimpi. Ah sudah! Keliru pula. Apa-apa je lah. Dia tak dapat jumpa depan-depan, jumpa dalam mimpi pun boleh.

Dia bangun dari baringannya lalu mengeliat puas-puas sebelum turun dari katil. Dia memandang ke arah jam dinding. Hampir pukul 8 lagi, dia tertidur lepas subuh tadi. Jarang dia tidur lambat, memang mengantuk la pagi-pagi.

Aaira menapak perlahan ke arah pintu bilik sebelum tombol pintu dipulas. Dia mengatur langkah ke ruangan dapur. Sunyi je rumah ni, agaknya Syira pun masih tidur lagi. Pili paip dibuka, kedua tangannya dibasahkan pada aliran air itu lalu dia menyapu wajahnya supaya lebih segar. Kedua matanya disapu lembut.

Selepas itu, dia mula menyediakan bahan-bahan untuk buat nasi goreng. Sedang sibuk dia membuat sarapan pagi, telinganya menangkap bunyi tapak kaki seseorang. Dia menoleh ke pintu dapur sekilas. Muncul wajah mamai Syira berdiri di situ. Dengan rambut serabainya, mata pun nak tak nak je bukak.

"Selamat pagi hakak Syira kita" tegur Aaira ceria sambil tangannya bergerak memotong bawang. Syira membuka matanya sedikit. Cuba melihat apa yang Aaira buat.

"Morning" balasnya dengan suara yang serak.

"Pergi basuh muka tu. Lepastu duduk depan kejap, tunggu aku siapkan ni" ujar Aaira tanpa memandang ke arah kawan serumahnya itu. Syira menggumam tak jelas tetapi kakinya tetap menapak menghampiri sinki dapur untuk mencuci muka. Mata yang basah dikelipkan berkali-kali. Cuba untuk membesarkan matanya sebelum dia menyapu kedua matanya lembut.

Selesai saja membasuh muka, Syira terus bergerak keluar dari ruangan dapur itu. Nak baring sekejap sementara tunggu Aaira siapkan sarapan mereka. Semenjak dia ajak Aaira untuk duduk bersamanya di rumah sewa ini, setiap hari jugalah dia merasa air tangan kawannya itu. Sedap pun sedap. Sebelum ni dia cuma makan di kedai saja, tak rajin nak memasak.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now