OY || BAB 29

5.5K 322 90
                                    

MRS. DANISH
"no one sees what i see on you"

-✿-

BONGKAH mainan yang bersepah di ruang tamu utama di kutip lalu dimasukkan ke dalam bakul mainan milik si kembar. Tertunduk-tunduk si ibu mengemas barang anak-anaknya. Kepala digeleng kecil. Bersepah sungguh. Padahal pagi tadi dia sudah kemas ruangan ini.

Kembar sudah menghilang entah ke mana. Nak marah anak-anak kecilnya itu pun dia tak sampai hati. Apa kan daya, hatinya cepat lembut.

Tengku Farid yang baru pulang dari pejabat terus memandang ke ruang tamu. Santai dia menapak menghampiri si isteri yang sudah duduk melutut mengutip mainan askar kecil si kembar untuk di masukkan ke dalam kotaknya.

Hujung bibir ternaik sedikit.

Baru saja Tengku Seri berdiri mahu ke bakul mainan, tiba-tiba ada satu tangan melekap pada perutnya sekali gus menarik tubuh kecil wanita itu masuk ke dakapan si suami.

Terlepas kotak mainan di pegangannya.

Terkejut!

Laju Tengku Seri palingkan wajah ke belakang.

Aihh..

"Abangg.."

Tengku Farid tersenyum lembut. Dia jatuhkan bibir pada pelipis isterinya sebelum wangian yang terbit dari rambut isterinya di hirup.

Wangi.

"Abang.. lepaskan saya dulu boleh? Saya nak letak mainan si kembar tu dalam bakul" pinta Tengku Seri lembut. Sempat dimuncungkan bibir ke arah kotak mainan yang jatuh tadi.

Tengku Farid mencebik sedikit.

"Abanggg..."

Terus pelukan itu dilepaskan. Tengku Farid kekal berdiri tegak di situ sambil melihat setiap langkah isterinya.

Menanti.

Selesai Tengku Seri meletakkan mainan tersebut ke dalam bakul, wanita itu terus berpaling menghampiri suaminya semula.

Tangan si suami dicium lembut sebelum tubuh yang lebih tinggi darinya itu dipeluk erat. Dagu diletak pada dada suaminya. Mendongak memandang tepat ke wajah itu.

Encem!

"Selamat pulang, abang" ucap Tengku Seri riang. Tersenyum-senyum dia apabila pinggangnya terasa dipeluk erat.

Tengku Farid mencium dahi cantik isterinya sekilas. Kemudian turun pada pucuk hidung comel itu. Dan diakhiri pada bibir merah yang tak henti-henti senyum dari tadi.

Hanya sekilas saja.

Tak boleh lama-lama sebab ada yang memerhati.

Tengku Seri tersenyum lebar. Wajah suaminya di renung. Walaupun sudah dimamah usia, suaminya masih tegap dan sangat kacak. Seraut wajah itu bukan sahaja kacak di matanya. Malahan di mata orang lain juga.

"Abang rindu saya ke?" Soalnya manja. Jarang suaminya itu mahu menciumnya di bibir. Tengku Farid tersenyum. Dia jatuhkan kepala sebagai jawapan.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Место, где живут истории. Откройте их для себя