OY || BAB 24

5.8K 296 49
                                    

MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

BUNYI loceng rumah mengganggu kosentrasi Aaira yang sedang menyusun hadiah perkahwinan dia dan suaminya di ruang tamu. Hadiah semua tu sebelum ni ada di rumah mertuanya, tapi Tengku Danish minta Zayn hantarkan semuanya ke rumah ini. Tak mahu dibiarkan hadiah itu lama-lama di sana.

Dia menegakkan tubuhnya apabila loceng sekali lagi berbunyi. Cepat-cepat dia menghampiri pintu utama itu. Mujur dia tak tanggalkan tudung sarungnya lagi dari kepala selepas Zayn dan Uwaiz keluar dari rumah tadi. Katanya mahu je pejabat sekejap.

Buka saja pintu, terus terpampang wajah Wiena dengan senyuman lebar.

"Aairaa!!! " jerit Wiena penuh teruja sambil mendepakan kedua tangannya. Mata Aaira membulat ceria.

"Kak Wienaa!! Wahh ramainyaa" Aaira terus masuk ke dalam pelukan Wiena, tersenyum menyambut kedatangan kawan-kawan suaminya.

Ternaik sedikit bibir Asyraff melihat tingkah Wiena itu. Peluk kuat-kuat macam tu, mampus jugak bini kawan dia nanti.

"Dah lah tu. Kitorang pun nak peluk Aaira jugak" perli Mellysa. Dari tadi dia menunggu turn di belakang. Kemain lama minah ni peluk, siap goyang-goyangkan badan lagi.

Wiena cemberutkan wajahnya seraya melepaskan pelukan. Aaira tersengih saja sebelum memeluk Mellysa pula. Tergelak dia apabila pipinya dicubit oleh gadis itu. Entah apa yang dia geram sangat dengan pipinya pun dia tak tahu.

Kemudian Nara menahan Auni yang mahu mendekati Aaira. Cepat-cepat dia peluk gadis itu. Danyel, Asyraff dan Rafiq di belakang Auni hanya mampu menahan gelak. Mereka bertiga nampak apa yang Nara buat dekat Auni. Mujur tak tergolek ke belakang kena tolak.

"Sampai hati kau tolak aku" rajuk Auni perlahan tatkala Nara sudah melepaskan pelukannya dengan Aaira.

Nara tersengih kecil. Dia tak sengaja lah. Auni menghampiri Aaira lalu dipeluk cium isteri kawannya itu. Comel sangat, rasa nak sumbat Aaira dalam poket dia.

"Jom lah masuk dalam" ajak Aaira seraya memberi laluan kepada mereka untuk masuk ke rumah. Danyel yang penat berdiri dari tadi terus menonong masuk. Sempat dilemparkan senyuman manis kepada Aaira sebelum bergerak ke ruang tamu. Asyraff dan Rafiq mengikut dari belakang meninggalkan para gadis di luar.

Nara turut masuk diikuti yang lain. Pintu ditutup rapat oleh Aaira.

"Suami you mana Aaira?" soal Rafiq. Kotak-kotak hadiah yang tersusun di tepi ruang tamu dipandang sekilas.

"Abang Danish kat atas, buat kerja" jawab Aaira perlahan. Rafiq menjatuhkan kepala.

"Aaira nak bukak hadiah ke?" Soal Danyel pula. Aaira terus menggelengkan kepalanya. Tak mahu dia buka sekarang. Risau ada hadiah bukan-bukan nanti. Dia yang malu.

"Aaira nak ke dapur sekejap. Nak buat air" pamit Aaira sopan sebelum beredar dari situ. Mellysa memandang ke semua kotak hadiah yang tersusun di situ.

"Besar jugak kan rumah ni" kata Auni sambil matanya melilau melihat setiap pelusuk rumah. Wiena mengangguk setuju.

"Dalam otak Wiena, rumah besar mesti banyak makanan" ucap Asyraff. Wiena mencebik menyampah. Mana ada dia fikir macam tu! Hmph!

"Datang tak bagitau" Satu suara garau menyapa gegendang telinga.

Serentak mereka memandangkan ke arah Tengku Danish yang berjalan menghampiri mereka.

"Diorang pun ajak aku last minute weyh. Kabut aku jadinya" adu Asyraff. Tengku Danish duduk di kerusi yang masih kosong.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now