OY || BAB 32

4.9K 290 35
                                    

TENGKU DARWISY pusing kepala ke arah pintu utama apabila mendengar bunyi loceng

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

TENGKU DARWISY pusing kepala ke arah pintu utama apabila mendengar bunyi loceng. Tingkah si kembar yang sedang bermain turut terhenti. Masing-masing diam melihat pintu. Apabila loceng berbunyi buat kali kedua, barulah Tengku Darwisy bangun.

"Siapa datang tu ngah?" Tanya Tengku Seri. Dia baru saja keluar dari ruangan dapur disebabkan bunyi loceng tadi. Entah siapa yang datang petang-petang ni. Takkan si kembar pula main tekan tekan loceng. Elok saja dua anak comelnya itu bermain di ruang tamu.

Tengku Darwisy menjongketkan bahu. Tak tahu siapa. Dia tak ada ajak mana-mana kawannya datang pun. Selalunya dia akan khabarkan dulu kepada umminya awal-awal. Dan kawan-kawannya juga akan memberitahunya dulu sebelum sampai ke sini.

Tengku Seri terus menyuruh si kembar kemas permainan mereka dan naik ke atas untuk membersihkan diri. Nanti masuk waktu Asar tak perlulah mandi lagi.

Kalut Tengku Faiq dengan adiknya mengemas barang mereka sebelum berlari ke arah sebuah bilik bawah. Mandi di situ saja.

Dedaun pintu dibuka kecil. Sedikit meninjau ke luar. Mahu melihat siapa gerangannya. Tengku Seri terus menapak menghampiri Tengku Darwisy apabila anaknya itu membuahkan reaksi pelik.

Dibuka pintu itu luas sebelum matanya melekat pada wajah manis seseorang.

"Auntie"

"Eh.. Mellysa" Tengku Seri membiarkan saja tangannya disalam oleh gadis dihadapannya itu. Tengku Darwisy hanya melihat ke perkarangan halaman villa. Hanya ada sebuah kereta sahaja.

"Kak Mel datang sorang je ke? Mana Kak Auni dengan yang lain?" Soal Tengku Darwisy. Mellysa tersengih kecil. Naik tangannya menggaru hujung kening.

"Kak Mel datang so––" Belum sempat Mellysa mahu menghabiskan ayat, satu bunyi hon kereta menyentakkan mereka di situ. Kepala dipalingkan ke halaman villa. Sebuah kereta mewah elok parking di sebelah kereta si Mellysa.

Tengku Darwisy tayang muka bosan. Sudah dapat agak siapa pemilik kereta tersebut.

"Mak long!" Farisya menutup pintu kereta mewahnya sebelum mengatur langkah menghampiri tiga manusia yang berdiri tegak di depan pintu. Tangan Tengku Seri dicium sopan. Mellysa disebelah mak longnya itu dijeling. Namun, gadis itu hanya mengalihkan pandangan ke arah lain. Buat-buat tak nampak kewujudan Farisya.

"Kak Farisya pulak datang sini kenapa? Kalau nak jumpa along, tak payah lah. Along tak ada" tutur Tengku Darwisy mendatar.

Pantas Farisya dan Mellysa memandang ke arahnya.

"Danish pergi mana?" Soal mereka berdua serentak lalu menjeling antara satu sama lain.

"Danish dengan isteri dia dah balik rumah diorang semalam" balas Tengku Seri yang sedari tadi hanya diam mendengar.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora