OY || BAB 52

3.3K 179 22
                                    

"No one see what I sees on you"
.
.
☆•.°
.
.
SEKUJUR tubuh di penjuru bilik dipandang. Gadis itu nampak tak terurus. Terbaring di atas lantai sejuk yang kotor ini. Terikat di tangan dan kaki. Dengan wajah comot yang ada kesan darah merah dan lebam kebiruan. Seperti baru selepas dipukul.

Aaira perlahan-lahan bergerak menghampiri sekujur tubuh yang meringkuk itu. Tapak tangan yang mulai sakit akibat bekerja untuk menolak tubuhnya bergerak di tahan. Dia mahu pecahkan sendiri segala persoalan yang mencanak di kepala.

Teragak-agak dia mahu menyentuh tubuh itu. Namun, tangannya terhenti tatkala melihat ada pergerakan pada kaki yang tak bersarung apa-apa kasut itu.

Cepat-cepat Aaira jauhkan tubuhnya. Kedua tangan menahan badan bahagian atasnya daripada jatuh. Sekaligus menyiapkan diri untuk bersedia melarikan diri sekiranya orang ini merupakan anak buah Mellysa.

Tiba-tiba kepala itu naik dengan mata yang terbuka kecil serentak menghentikan pernafasan Aaira.

Aaira gamam tertahan nafas. Dada berdetak laju.

Orang di hadapannya ini..

"Aaira.." panggilnya lemah. Spontan menyedarkan Aaira yang dibelenggu dengan pelbagai persoalan. Kepala digeleng kecil.

Tak!

Kepala berpusing memandang ke arah pintu yang terbuka sedikit. Mendengar bunyi sepasang tumit kasut yang menghentak lantai. Aaira mula gelabah. Dia cepat-cepat ingin bergerak mahu menutup pintu tetapi niatnya terbatal apabila pintu kayu itu ditendang kuat dari luar.

Aaira menggigil. Dia mengengsot sedikit ke belakang. Gadis yang berwajah sama seperti Mellysa dipandang. Rupanya gadis itu turut memandang ke arahnya. Bibir itu diperhati.

"Dia.."

"Palsu"

Sekali lagi Aaira tertahan nafas.

Orang yang berdiri dihadapannya dipandang. Aaira mengengsot ke belakang apabila dia mula mendekatinya. "Tch.. such a bullshit"

Dicengkam kasar rahang Aaira sehingga membuatkan gadis itu meringis kesakitan. Dia tergelak kuat. Bergema memenuhi ruangan bilik kosong ini.

"Lepaskan dia"

Suara perlahan itu spontan menghentikan tawa kuat itu. Aaira terasa berat kepala. Dia toleh ke belakang. Tepat pada gadis yang masih terbaring itu. Tangan dilarikan daripada wajah Aaira.

Jatuh tubuh kecil itu setelah dilepaskan. Tubuhnya sudah lemah. Dengan nafas yang tak teratur, mata dipejam rapat.

Wajah. Fizikal tubuhnya, dan juga suara. Sama.

Semuanya sama!

Boleh dikatakan, mereka seperti saudara seiras. Kembar! Tapi dia tak pernah dengar dan tak pernah tahu pun gadis itu punya kembar.

Tak mengerti.

"Arghh!"

Mata tercelik semula lantas terbuntang luas. Terkejut melihat Mellysa menyepak abdomen gadis itu. Aaira mahu menahan tetapi otaknya melarang. Matanya bergetar menahan rasa takut.

Takut Mellysa akan memukulnya pula.

"Aku rasa mulut kau ni kena jahit lah. Biar senyap sikit!" Ditunjul dahi itu kuat.

"Lepaskan Aaira dulu gila! Baru aku akan senyap. Kalau kau nak bunuh aku pun tak apa!"

"Diam bodoh! Aku cakap diamkan!"

"Akak!" Jerit Aaira kuat. Terkejut melihat kaki Mellysa sudah mula memijak kepala gadis itu kuat. Spontan suaranya keluar. Menggigil dia melihat wajah garang Mellysa itu.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now