OY || BAB 42

3.7K 283 13
                                    

AAIRA tersenyum melihat biliknya sudah dipenuhi dengan orang ramai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AAIRA tersenyum melihat biliknya sudah dipenuhi dengan orang ramai. Gamat bilik itu dibuatnya.

Ada keluarga mertuanya.

Ada kawan-kawan suaminya.

Dan juga Syira.

Cepat saja gadis itu membiasakan diri dengan keluarga Tengku Danish. Siap boleh bergosip dengan Tengku Seri. Dua-dua diva and drama queen. Sesuai lah ummi berjumpa dengan kawannya itu.

Tengku Danish ada disebelahnya ini. Duduk dibirai katil sambil bersandar sedikit.

Tengku Farid diam mendukung cucu perempuannya, Aaliya. Fahd pula berada dalam dukungan Nara.

Aaira tersenyum melihat gadis itu. Disebelahnya ada Danyel.

Pengantin baru..

Mereka terus bernikah tanpa bertunang dua minggu sebelum dia bersalin. Danyel bukan gelojoh. Tapi ada sebab dia rancang begitu. Aaira tak mahu masuk campur lebih-lebih. Cukup dia lihat mereka bahagia, sudah cukup baginya.

Bunyi kuakan pintu menggamit perhatian semua orang. Muncul Farisya di situ. Berdiri di tengah pintu dengan wajah yang agak terkejut.

"Err.. Assalamualaikum"

Semua yang ada di situ menjawab salam tersebut. Teragak-agak Farisya mahu masuk ke dalam. Agaknya segan kut melihat ada ramai orang.

Cepat-cepat dia salam dengan keluarga Pak Longnya dengan kaum perempuan yang ada di situ sebelum bergerak menghampiri katil Aaira.

"Farisya tak kerja ke harini?" Tanya Tengku Seri. Farisya menggeleng.

"Harini Farisya cuti" balasnya perlahan. Tengku Seri angguk juga. Kemudian dia bergosip semula dengan Syira.

Farisya memandang Aaira.

"Hye Aaira" sapanya tanpa nada. Aaira ukir senyum manis. Walaupun hatinya terasa gentar sedikit.

"Hye kak Farisya. Duduk lah akak, kerusi tu ada" Aaira membalas sapaan itu macam biasa. Farisya senyum nipis sebelum mengambil tempat di sebuah kerusi berdekatan dengan katil Aaira.

"Sorry lah.. I tak tau nak bawak buah tangan apa, sebab you kan tengah berpantang. Tapi.. I ada beli hadiah untuk kembar. Nanti I hantar dekat rumah korang" Aaira senyum lagi. Kini, lebih lebar.

"Untung si kembar dapat banyak hadiah. Terima kasih akak" ucap Aaira lembut. Ikhlas kedengaran membuatkan Farisya turut mengukir senyuman manis. Kemudian, dia pusing ke belakang. Ke arah si kembar.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now