OY || BAB 25

5.8K 311 23
                                    

MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

DARI jauh lagi Rafiq sudah nampak kelibat Danyel di tempat parking kereta. Dia memberi isyarat tangan kepada Danyel. Menggamit lelaki itu kemari. Danyel terus berlari anak menghampiri Rafiq.

Di tangannya terdapat satu beg kertas. Barang yang dikirim oleh Wiena untuk Rafiq. Entah apa yang penting sangat sampai gadis itu merayu memintanya untuk sampaikan barang itu.

Rafiq tersenyum menyambut kehadiran lelaki itu.

"Yow, kawan" sapa Danyel.

"Ye, apa yang penting sangat tu?" Soal Rafiq terus. Danyel mendongak sedikit ke atas.

"Kut iye pun, bagi la aku masuk dulu. Panas ni dekat luar" ujar Danyel dengan wajah berkerut menahan panas. Alis mata Rafiq terangkat. Dia memandang lelaki itu dengan bibir yang perlahan-lahan menarik senyuman senget.

"Seriously, tak tahan panas?" Soalnya lagi. Danyel dipandang dari ekor mata. Danyel berdecit geram membuatkan Rafiq melepaskan tawa kecil.

Macam lah dia tak tahu rahsia besar kawannya itu.

"Bro" seru Danyel malas.

"Okey okey, chill. Jom masuk dulu" ujar Rafiq seraya menepuk bahu lelaki itu. Danyel menggulingkan biji matanya sebelum bergerak masuk ke dalam cafe. Hanya tinggal beberapa tapak sahaja mahu tiba di kaunter, Rafiq sudah menahannya. Dia menoleh memandang lelaki itu pelik.

Rafiq merapat sedikit dengan Danyel. Mahu berbisik.

"Jap, kau tengok dekat meja hujung tu" Rafiq menyorot pandangan ke arah satu meja yang diduduki oleh seorang lelaki dan perempuan. Jika dilihat dari jauh, memang mereka tak dapat dengar apa yang dua orang tu bualkan. Tetapi gelagat yang kelihatan sangat mesra itu sedikit sebanyak menyakitkan pandangan mata mereka.

Cara pandangan Danyel berubah tajam setelah dapat mengecam seraut wajah yang dia kenali itu.

"Dah lama ke diorang ada dekat sini?" Danyel menyoal tanpa mengalihkan arah matanya.

Rafiq menjilat bibir yang terasa kering sebelum membalas. Sempat dijeling jam dinding di kaunter.

"Hmmm.. hampir sejam" balasnya ringkas. Dia berpeluk tubuh memandang Danyel sekilas. Wajah kawannya itu nampak serius saja. Rafiq menunduk ke bawah. Memandang beg kertas yang dihulur Danyel. Cepat-cepat dia ambil beg itu sebelum matanya mengikut gerak tubuh itu menuju ke meja yang dia tunjuk tadi.

Rafiq menahan seorang pekerjanya yang mahu masuk ke dapur. Beg kertas dihulur.

"Tolong letak dalam pejabat saya" suruh Rafiq sekali nafas. Dia senyum sedikit ke arah pelanggan di meja berhampirannya lalu mengangkat kaki menghampiri Danyel yang sudah berdiri tegak di sebelah meja tadi.

Danyel merenung tajam gadis yang masih duduk itu. Nampak seraut wajah itu kelihatan sedikit terkejut melihat kehadirannya.

"Ab--"

"What are you doing here, Farisya?" Garau suara Danyel bertanya. Rafiq berdiri sedikit jauh dari kawannya itu. Tenang bersandar pada dinding, memerhati tanpa mencelah sedikit pun.

Farisya sudah tak senang duduk. Lelaki yang duduk bersamanya tadi dijeling dari ekor mata.

"Abang Danyel, bu–buat apa dekat sini?" Soal Farisya gagap dengan senyuman kelat. Dia bangun dari duduk. Memandang abang sepupunya itu.

Danyel tersenyum sinis.

"Good, Farisya. Soalan dibalas dengan soalan" perlinya. Farisya terdiam. Hilang terus senyumannya tadi.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now