Bab 2

1.8K 233 2
                                    

Votelah duluuuu ;)

Hana bangun awal pada pagi ini kerana tidak mahu lewat untuk pergi ke kerja. Ini hari pertamanya. Sudah pasti dia mahu menunjukkan reputasi yang baik.

Telefon Hana berdering sebaik sahaja dia siap meratakan gincu di bibir. Panggilan itu diangkat.

"Ya? Kau dah sampai ke, Rin?"

"Dah. Aku dekat depan rumah kau ni."

"Okay. Kau tunggu kejap."

Hana menuju ke dalam bilik ibu bapanya untuk bersalaman sebelum berangkat ke tempat kerja. Ketika itu, Puan Halimah menyuruh Hana untuk menggosokkan tudung sekolah Hasya.

"Ibu, Hana dah lewat ni. Suruhlah Hasya gosok sendiri."

"Kamu buta ke ibu tengah ikat rambut adik? Minta tolong pun dah tak boleh dah bila nak kerja ni? Ni baru kerja kecik. Kalau dah kerja besar nanti agak-agaknya tak jejak dah kut dekat rumah ni."

Hana menahan rasa marahnya. Riak wajah juga dikawal supaya ibunya tidak sedar akan perubahan riak wajah itu. Hana memandang Hasya yang duduk bersila di atas lantai sambil membiarkan ibu mengikat rambutnya.

Ya allah budak ni! Dah tahu hari ni sekolah, kenapa tak gosok semalam je? Menyusahkan betul!

Hana keluar dari bilik itu dan gosok tudung sekolah Hasya. Ketika dia menggosok tudung Hasya, hatinya rasa sangat pedih. Terlalu pedih. Hana buat semua tugas di dalam rumah ini tapi kenapa layanan mereka terhadap dirinya terlalu teruk?

Selepas siap gosok tudung Hasya, Hana terus keluar dari rumah. Hana melihat Encik Malik sedang duduk di meja batu di hadapan rumah. Hana cuma mahu bersalaman dengan ayahnya tapi lain pula yang jadi.

"Kau ni dah tahu kerja, cubalah bangun awal sikit. Ni biar je kawan kau tunggu lama-lama kat luar tu. Anak dara jenis apalah kau ni. Lembab."

Lembab?! Salah aku ke? Patutnya ayah salahkan anak perempuan kesayangan ayah tu!

"Hana pergi dulu, ayah."

Hana berjalan menuju masuk ke dalam kereta Arin. Tali pinggang keledar dipakai dan Hana melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Kereta Arin mula bergerak. Susana diantara Hana dan Arin hanya sepi. Malas mahu berborak. Ketika ini, Hana perlukan ketenangan agar perasaan marah dan geram ini hilang.

Hana tidak tahu apa salahnya yang sebenar.

Kenapa ibu dan ayah selalu melemparkan kata-kata yang selalu membuatkan aku rasa aku ini tidak berguna? Bukan ibu dan ayah sahaja malah adik-beradikku yang lain juga. Mereka selalu melayan adik aku seperti dia sahaja satu-satunya adik perempuan yang mereka ada sedangkan aku ini hanya patung yang tidak mempunyai perasaan dan mampu diarah sesuka hati. Hana mula meluahkan rasa itu dalam hatinya. Sakit rasanya untuk menanggung derita ini.

Ya allah, kau kuatkanlah hatiku ketika ini. Aku tidak mahu menjadi anak derhaka. Kau bantulah aku agar aku masih mampu menahan rasa ini.

***

"Hana, asal ni? Kau okay tak?"

Teguran Arin itu membuatkan lamunan Hana mati. Dia baru sedar bahawa mereka sudah berada di kawasan tempat kerja.

"Thanks, Rin."

Tali pinggang keledar itu dibuka. Ketika Hana mahu keluar dari kereta, Arin menghalangnya.

"Hana, aku tahu kau tak okay. Kenapa ni?"

Hana mengeluh berat. Wajah Arin dipandang.

"Aku nak peluk kau boleh?"

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now