Bab 29

1.3K 139 8
                                    

Vote and komen tauuu ;)

Telefon yang berdering untuk kesekian kalinya itu diangkat juga akhirnya.

"Apa? Semaklah kacau orang pagi-pagi ni."

Kamilia dah buat muka menyampah apabila itu jawapan daripada Taufik.

"Banyaklah kau punya pagi. Sekarang ni dah lunch hour tau tak? Kau tu yang membuta sampai tengah hari buta."

Taufik naik rimas apabila mendengar bebelan Kamilia kepadanya.

"Kau nak apa sekarang ni? Semaklah."

"Tuan Nuh dah balik. Tuan nak jumpa kau dengan Hariz harini jugak."

Terbelalak mata Taufik mendengar perkara itu. Tuan Nuh dah balik?

"Apasal kau tak cakap yang bos bengis tu nak balik? Nak kenakan aku ke apa?!"

Taufik jadi bengang dengan berita yang Kamilia sampaikan.

"Aku pun tak tahulah Tuan Nuh nak balik. Tiba-tiba je muncul dalam ofis."

"Hesy! Dahlah!"

Panggilan dimatikan. Taufik segera bangun dari tempat tidurnya.

"Weh, Hariz! Bangunlah!"

"Kacaulah! Aku nak sambung tidur pun tak senang."

"Hotak kaulah nak sambung tidur. Kamilia call cakap Tuan Nuh masuk harini."

Hariz yang sudah mamai itu terus segar apabila mendengar nama Nuh.

"What the hell? Apasal si bengis tu balik?"

"Manalah aku tahu. Kamilia cakap dia nak jumpa kita. Cepatlah!"

Taufik segera bangun dari tidurnya itu untuk menyarung baju t-shirt yang berlengan pendek itu. Hariz yang nampak perkara itu tiba-tiba menengking Taufik.

"Eh, bodoh! Pakailah baju lengan panjang! Kau nak kita kantoi ke?"

Taufik melihat lengannya.

"Ya tak ya jugak."

Mereka berdua cepat-cepat bersiap untuk pergi ke pejabat.

***

Tok! Tok!

"Masuk."

Kamilia masuk selepas diberi arahan.

"Tuan Nuh, Encik Taufik dan Encik Hariz dah sampai."

"Suruh mereka masuk sekarang."

"Baik, tuan."

Selang beberapa saat, dua orang pesalah yang Nuh cari itu masuk ke dalam bilik. Hariz dan Taufik berdiri di hadapan Nuh sambil menundukka kepala. Takut dengan majikannya yang sudah mahu naik hantu.

Pap! Pap!

Dua fail dilemparkan di hadapan Hariz dan Taufik. Kemudian, Nuh menghentak meja kuat.

"You two! Dah gila ke?! Apa hotel ni kau berdua punya ke boleh cuti dan masuk kerja sesuka hati?!"

Tiada jawapan yang diberikan kepada Nuh itu membuatkan Nuh lagi bengang.

"Lima puluh aduan tentang room service dan empat puluh tujuh aduan pasal kafe hotel in two weeks. Kau berdua rasa aku ada masa ke nak layan aduan remeh ni sebab kesalahan bodoh kau berdua?"

Nuh memandang Taufik.

"Encik Taufik."

Taufik segera mengangkat wajahnya memandang majikannya yang sudah merah matanya.

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now