Bab 18

1.4K 169 12
                                    

Votelah duluuuu ;)

Hana menghabiskan masa rehatnya di pejabat tadika. Notis berhenti kerja dua puluh empat jam ditulis. Sedar atau tidak, sudah hampir tiga bulan Hana bekerja di Tadika Cahaya Bulan. Dia perlu mempersiapkan dirinya untuk melangkah masuk ke alam universiti. UNITAR telah menerima permohonannya dan Arin. Oleh itu, Hana mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Puan Asma sudah dikhabarkan awal bahawa Hana akan berhenti dalam tempoh dua puluh empat jam.

Selesai menulis surat berhenti kerja, surat itu dicetak dan ditanda tangan. Hana menuju ke meja Puan Asma.

"Assalamualaikum, puan."

"Waalaikumusalam, Hana. ada apa? Duduklah."

Hana duduk berhadapan dengan Puan Asma.

"Sebenarnya, saya dah dapat tawaran belajar, puan. Jadi saya nak berhenti kerja dalam masa dua puluh empat jam macam yang saya bagitahu puan sebelum ni. Ini surat berhenti kerja saya."

Surat itu dihulurkan kepada Puan Asma.

"Oh pasal tu. Kalau macam tu, selamat maju jaya. Saya doakan awak agar sukses selalu. Banyak jasa awak pada budak-budak dekat sini. Sebab awak, budak-budak kat sini jadi semakin aktif dan dengar kata. Saya pasti mereka akan merindui teacher Hana."

Aku mengukir senyuman sebak. Aku tidak sangka Puan Asma akan berkata sebegitu.

"Terima kasih, puan."

Hana keluar daripada pejabat itu dan menuju ke kelas nursery. Tapi yang anehnya, kanak-kanak tadika tiada dalam kelasnya. Pergi mana? Hana membuka pintu kelas nursery itu dan menerima kejutan.

"Surprise!"

Kelas nursery itu dihias cantik. Semua kanak-kanak tadika dan tenaga pengajar ada di situ.

"Apa semua ni, kak?"

Hana bertanya kepada Kak Siti.

"Ni majlis untuk Hanalah. Akak tahu yang Hana akan berhenti kerja sebab nak sambung belajar kan? Jadi anggaplah ni hadiah."

Ketika itu Dhia berlari mendapatkan Hana.

"Teacher Hana kena janji yang teacher takkan lupakan kitorang tau! Kami sayang teacher Hana."

Ketika itu, semua kanak-kanak yang ada di dalam bilik itu memeluk Hana. Rasa hiba dan sedih menyerbu dirinya. Sebak pula nak tinggal budak-budak ni.

"Jom potong kek!"

Kak Am meletakkan kek di atas meja untuk mereka makan bersama. Hari ini akan menjadi hari yang paling diingati oleh Hana.

***

"Bye, teacher Hana!"

Seperti biasa, Dhia yang menjadi kanak-kanak terakhir yang pulang. Tapi yang datang mengambil Dhia pulang sejak akhir-akhir ini adalah bibiknya. Nuh sibuk mungkin. Maklumlah dah tiga minggu dia dan Nuh hanya berkomunikasi melalui telefon. Tu pun jarang.

Tak sempat Hana mahu menuju ke kedai cik Ani, Arin terlebih dahulu keluar daripada kedai itu dan berlari ke arah Hana.

"Hana!!!"

Terus didakap sahabatnya itu. Tercekik Hana.

"Weh! Kau kenapa ni? Okay tak?"

"Kau dapat weh! Kau dapat biasiswa!"

Surat yang dari tadi dipegang oleh Arin diberikan kepada Hana. Tulisan itu dibaca satu per satu. Hana memandang Arin kembali.

"Aku tak mimpi kan?"

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now