Bab 25

1.5K 175 2
                                    

Vote and komenn tau ;)

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Pendaftaran kursus Hana dan Arin dilakukan pada masa yang sama. Selesai mendaftar dan mengambil kunci bilik, Hana pergi ke kafe untuk menemui keluarganya. Sampai saja di kafe, dia terkaku apabila melihat satu tubuh yang dia rindu.

"Ayah?"

Encik Malik hanya tersenyum menyambut kehadiran anaknya. Hana pula macam tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Setelah sedar daripada lamunannya, Hana bersalaman dengan Encik Malik.

"Ayah baru sampai tadi."

Nuh berkata kepada Hana. Tahu isterinya masih terkejut.

"Ayah datang nak tengok Hana daftar masuk universiti ke?"

Encik Malik hanya menganggukkan kepalanya. Tidak mampu mengucapkan apa-apa.

"Terima kasih, ayah. Erm, ibu tak datang?"

Encik Malik menggelengkan kepalanya.

"Ayah dah cuba pujuk tapi ibu kamu yang tak nak ikut."

Hana hanya mengerti dengan penjelasan ayahnya. Ibu masih marah.

"Takpelah kalau macam tu."

Suara Hana mengendur. Melihat perkara itu, Nuh cuba untuk tidak membuatkan isterinya itu bersedih.

"Erm, ayah tidur dekat mana malam ni?"

"Ayah balik terus lepas ni."

Belum sempat Nuh mahu menjawab, Tan Sri Nazim terlebih dahulu bersuara.

"Ish! Jangan macam tu, Malik. Penat tu pergi balik. Tidurlah rumah kami."

"Haah, betul tu ayah. Esok pagi ayah baliklah Kuantan."

Encik Malik akhirnya bersetuju dengan cadangan itu selepas dipujuk oleh Nuh. Sedang mereka berbual, ada tiga orang pelajar yang menuju ke arah meja mereka.

"Assalamualaikum. Ni Tan Sri Nazim dan Tuan Nuh Ariyan daripada syarikat perhotelan NR Paradise kan?"

Salah seorang daripada tiga pelajar itu menegur.

"Waalaikumusalam. Ya, itu kami. Ada apa ya?"

Tan Sri Nazim yang menjawab persoalan itu kerana tahu benar dengan sikap anaknya yang berat mulut itu dengan orang luar. Tiga orang pelajar itu tersenyum riang apabila tekaan mereka adalah betul.

"Kami ni student degree pengurusan perhotelan dekat sini. Tan Sri dengan tuan ni idola kami. Boleh kalau kami nak bergambar dan minta tanda tangan?"

Belum sempat Tan Sri Nazim mahu menjawab, Nuh terlebih dahulu bersuara.

"Yes but no picture."

Mendengar perkara itu, mereka bertiga hanya bersetuju. Nuh bukan apa. Isterinya di sebelah ini sudah tayang muka cemburu. Mahu dia kena kejar dengan parang lepas ni kalau dia bersetuju dengan cadangan pelajar itu untuk bergambar bersama. Selepas mendapatkan tanda tangan, mereka berlalu pergi.

Adegan itu membuatkan Encik Malik terpinga-pinga. Tan sri? Tuan? Hotel NR Paradise tu kan tempat along bekerja. Apa semua ni?

"Maaf ya. Saya nak tanya. Apa yang saya tak tahu pasal keluarga mertua saya ni ya? Tan sri? Tuan? Apa tu?"

Ketika itu, mereka semua baru tersedar. Encik Malik belum tahu tentang status keluarga mereka.

"Erm, ayah. Sebenarnya, keluarga Nuh pemilik semua cawangan hotel NR Paradise."

Terbeliak mata Encik Malik mendengar perkara itu.

"Habis tu? Yang kau cakap kau kerja pegawai hotel tu? Semua tipu belaka?"

✅ My Half Cinderella Donde viven las historias. Descúbrelo ahora