Bab 32

1.4K 159 2
                                    

Vote and komen tauuu ;)

"Assalamulaikum, mama! Papa!"

Hana memberi salam dengan ceria apabila melangkah masuk ke dalam rumah mertuanya itu. Rindu!

"Waalaikumusalam!"

Puan Diyana terus mendakap tubuh kecil itu.

"Mama rindulah dekat anak mama ni. Maaf tau mama tak sempat nak melawat Hana dekat sana. Papalah busy sangat."

Hana dan Nuh mengambil tempat duduk di hadapan orang tua mereka.

"Takpe, mama, papa. Hana okay je. Nak-nak hari ni dapat surprise."

Hana mengerling ke arah Nuh disebelahnya. Nuh pula hanya mengukir senyuman nipis.

"Hah! Mama kamu ada masak makanan favourite Hana."

Tan Sri Nazim menyatakan hal itu dengan wajah yang bersemangat. Ni makanan kegemaran Hana ke papa? Hehehehe!

"Mee kari udang ke mama?"

Mata Hana dah bersinar-sinar. Melihat angukkan kepala Puan Sri Diyana membuatkan Hana tersenyum lebar.

"Yeay! Ha! Ni kena makan ni. Kalau tak nanti meroyan."

Mereka semua hanya ketawa kejap mendengar kenyataan Hana. Ada sahaja perkara yang mencuit hati mereka setiap kali Hana berbicara.

"Kalau macam tu, nanti kita makan malam sama-sama. Tunggu Zayyan balik."

"Lambat abang balik, ma. Biasanya pukul enam dah sampai rumah."

Nuh naik hairan kerana abangnya belum pulang. Hana pula dah tayang muka hairan.

"Siapa Zayyan?"

Ketika itu, Tan sri Nazim ketawa kejap dengan persoalan menantunya.

"Papa lupa Hana belum pernah jumpa dengan Zayyan. Zayyan tu abang ipar kamu. Nanti dia balik, kenal-kenallah dengan dia."

"Ouh..."

Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Hana.

"Kalau macam tu, Iyan dengan Hana naik rehat dulu. Nanti kita makan malam sama-sama."

"Okay, mama."

Hana dan Nuh naik dan masuk ke dalam bilik. Buka sahaja pintu bilik, Hana terkejut melihat keadaan bilik itu. Nuh pula dah tepuk dahi.

"Abang, ni bilik ke kedai bundle?"

"Ehehehehe...."

Hanya itu yang mampu Nuh keluarkan dari mulutnya. Hana hanya menggelengkan kepala. Pintu bilik ditutup dan baju-baju yang bergelimpangan itu Hana angkat dan letak di atas katil. Nuh juga turut membantunya.

"Abang buat apa ni? Sepah sampai macam ni sekali biliknya."

Hana dah mula panaskan enjin bebelannya. Nuh pula dah bersedia untuk tadah saja telingnya. Salah dia juga. Siapa suruh tak kemas bilik tu?

"Sorry, sayang. Abang kelam kabut sangat bulan ni. Mana nak uruskan kerja dekat Kuantan, kerja dekat Johor lagi. Abang takde masa."

Hana berhenti daripada melipat baju dan memandang Nuh.

"Abang, saya kan ada. Jangan risau. Lepas habis je sem ni, saya balik duduk sini. Jaga makan pakai abang. Okay?"

Mujurlah syarat kemasukkan hanya diwajibkan untuk menginap di asrama pada semester kemasukkan sahaja. Jadi, lepas habis saja semester yang pertama ini, bolehlah Hana tinggal bersama Nuh seperti pasangan biasa. Ketika itu, Nuh tersenyum dan mula bersuara.

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now