Bab 44

3.3K 215 16
                                    

Vote and komen tau.
Last chapter ni ;)

"Ibu, ayah. hana dengan Nuh balik dulu. Maaf sebab tak boleh berlama kat sini. Lusa Hana ada exam."

"Takpe. Ayah dengan ibu faham. Kalau nak balik, baliklah. Pintu ni sentiasa terbuka untuk anak-anak ayah. jawab exam elok-elok tau."

"Baik, ayah. Hana akan jawab sampai dapat dekan."

"Jangan belajar je. Rehat juga tau."

Puan Halimah berpesan kepada hana.

"Baik, bu."

"Nuh bawa kereta elok-elok tau. kalau mengantuk, berhentilah dekat mana-mana yang selamat."

"Baik, ibu. Kami pergi dulu. Kirim salam pada acik dan Hasya. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Hana dan Nuh masuk ke dalam kereta dan mula membelah jalan raya. Sepanjang perjalanan pulang, Hana hanya tersenyum gembira. Nuh perasan akan riak isterinya itu menegur.

"Senyum lama-lama tu tak sakit cheeckbone ke, sayangku?"

Hana memandang Nuh yang sedang memandu.

"Tak. Sebab saya terlalu bahagia sekarang."

Nuh tersenyum nipis mendengar suara Hana yang kembali ceria itu.

"Abang suka dengar suara sayang ceria macam ni. Abang bersyukur sebab my love bug has returned."

Nuh memegang tangan Hana erat. Hana juga membalas pegangan itu. hangat sungguh setiap sentuhan suaminya. Hana berharap jodoh mereka akan berkekalan sehingga ke syurga.

***

"Yahoo!!!"

Semua pelajar yang keluar daripada dewan itu menjerit keriangan. Terlalu gembira kerana dapat mereka tamatkan semeseter pertama ini dengan jayanya. Hana juga tidak terkecuali gembiranya kerana dia telah menamatkan semester pertamanya. Dalam masa enam bulan ini, terlalu banyak perkara yang terjadi. Daripada perkenalannya bersama sang suami yang sangat memahami sehingga hubungan keluarganya kembali pulih. Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa bersyukurnya Hana kerana diberi kesempatan untuk membina fantasi yang diimpikannya.

"Hana!"

"Arin!"

Hana berlari mendapatkan Arin lalu dipeluk erat sahabatnya itu.

"Tahniah, babe! Another five semester to go!"

"Ye weh! Aku sumpah tak sabar nak tempuhi sem depan. Kau balik dengan parents kau ke?"

"Tak. Mama papa tak dapat datang. Aku balik sendiri je. Kau balik mana? Rumah cik abang ke Kuantan?"

Hana tersipu-sipu malu dengan soalan Arin.

"Rumah cik abanglah. Hehehehe! Aku balik Kuantan lambat sikit kut. Cuti tiga minggu kut. chill lah."

"Yelah. Oh ni. Aku nampak kereta Encik Nuh dekat depan tadi. Kau pergilah tengok betul ke idok."

"Seriuslah? Okay. aku tengok kejap."

Hana menuju ke depan asrama lalu dapat dia lihat seorang jejaka tampan berkemeja putih, seluar hitam dan memakai cermin mata hitam yang sedang bersandar pada but kereta. Dapat juga Hana lihat sejambak bunga ros merah digubah cantik dalam genggaman Nuh.

"Abang!"

Hana terus berlari dan mendakap tubuh sasa itu. ubun-ubunnya dikucup kejap sebelum bunga itu bertukar tangan.

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now