Bab 34

1.3K 144 2
                                    

Vote and komen tau ;)

"Kenapa awak beria-ia sangat nak suruh budak-budak tu balik? Bukannya ada faedah pun. Biarlah Hana dengan Nuh duduk dekat Johor tu."

Encik Malik mula bersuara apabila Puan Halimah mendesaknya untuk menyuruh anak dan menantunya pulang.

"Yang abang sibuk sangat nak pertahankan budak tu kenapa? Biarlah saya nak suruh dia balik ke apa. Dia tu sejak kawin dengan anak tan sri, mana ingat jalan balik rumah. Mentang-mentanglah dapat duduk rumah besar, naik kereta mewah terus lupa asal usul tu."

"Awak cakap apa ni, Imah? Hana tu tengah sambung belajar. Dia duduk asrama. Yang awak mengata dia tu kenapa? Apa lagi yang awak tak puas hati?"

Puan Halimah bangun daripada tempat duduknya dan memandang suaminya itu.

"Sampai bila-bila saya takkan puas hati. Semua ni salah abanglah. Sebab abang tipu saya hidup-hidup untuk bela budak yang entah datang dari mana tu!"

"Budak tu ada ada nama. Nama dia Nufa Hana dan dia anak saya yang sah! Apa lagi awak nak? Elok awak jaga dia, besarkan dia sampai umur dia lima tahun. Lepas dah tahu kebenarannya, awak layan dia macam sampah. Kenapa?"

Puan Halimah tersenyum senget.

"Sebab dia tu anak kepada perampas! Saya tak ingin nak besarkan dia kalau saya tahu dia tu bukan darah daging saya. Dia tu sepatutnya mati je sekali dengan mak yang lahirkan dia!"

"Halimah!"

Encik Malik mengangkat tangannya namun perbuatannya tergendala kerana dia sedar perbuatannya itu akan menyakitkan isterinya.

"Apa? Abang nak tampar saya? Sebab nak bela anak-beranak tu? Ha, tamparlah. Kenapa berhenti?"

"Mereka juga keluarga saya. Apa yang awak susah sangat nak terima."

"Keluarga? Habistu selama ni abang ada layan budak perempuan tu macam keluarga abang? Kenapa abang layan dia teruk? Sebab rasa bersalah tak dapat selamatkan perampas tu? Abang rasa budak tu kan punca kematian si perampas tu?"

Encik Malik tidak menjawab sebaliknya hanya mendiamkan diri. Apa yang dibilang isterinya itu adalah kenyataannya. Itulah punca utama dia melayan anak perempuan sulungnya sebegitu teruk.

Puan Halimah keluar daripada dapur dan terus masuk ke daam bilik. Hatinya panas apabila suaminya itu tidak habis-habis mahu membela anak perampas itu.

***

"Hrm, kena balik ke?"

Hana mengeluh sendiri. Lagi tiga hari, dia akan bercuti selama seminggu sempena semester break. Mengingatkan arahan ibunya, Hana menjadi tak keruan.

Kenapa ibu suruh balik?

Haih! Hana mengeluh lagi sebelum kepala diletakkan di atas meja.

"Hana, apahal kau mengeluh banyak sangat ni? Dari jauh aku dengar."

Syakir menegur Hana yang duduk bersendirian di lobby louge.

"Aku peninglah. Cuti minggu depan ibu aku suruh aku dengan suami aku balik."

"Habistu? Apa masalahnya? Balik jelah."

"Masalahnya, ibu aku takkan suruh aku balik tanpa sebab. Ni mesti ada hal yang dia rancang sebab tu ibu suruh aku balik."

"Tak, apa masalahnya kalau ibu kau ada rancang apa-apa? Balik jelah rumah tu."

Hana mendengus kasar dengan balasan Syakir. Hish, dia ni!

Sejak Nuh menghantar Hana pulang ke universiti selepas menyambut sebulan sejak hari pernikahan mereka, Hana menerangkan semula tentang pernikahannya kepada Syakir serta menunjukkan kad nikah yang baru sahaja siap. Syakir akhirnya boleh menerima kenyataan bahawa Hana sudah menjadi milik orang. Jadi, mereka pun berkawan seperti biasa.

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now