Bab 30

1.4K 153 5
                                    

Vote and komen tauuu ;)

Hana masuk ke dewan kuliahnya awal pada hari ini. Maklumlah semangat sikit nak belajar memandangkan ini adalah hari pertamanya. Hana mempunyai dua kuliah pada hari ini. Subjek yang pertama pada hari ini adalah subjek english for communication. Ramai juga pelajar kursus lain yang mengambil subjek ini. Hana duduk berseorangan di barisan ketiga dari bawah dewan kuliah itu. Nampak macam loner tapi dia suka berseorangan sebegitu.

Hana hanya termenung melihat keadaan sekeliling sementara menunggu pensyarah masuk ke dalam dewan kuliah. Selepas menunggu selama lima belas minit, seorang pensyarah lelaki masuk ke dalam dewan kuliah itu. Mikrofon dicapainya.

"Assalamualaikum and good morning. My name is Noah Zayyan Harriz. You guys can called me Prof. Noah."

Hana hanya menganggukkan kepalanya. Dah ada pangkat professor rupanya.

"So, since today is our first class, i want to do some icebreaking starting from you."

Pelajar lelaki yang duduk di barisan paling depan hujung kanan itu Noah tunjuk. Pelajar itu bangun dan mula memperkenalkan diri. Setiap pelajar memperkenalkan dirinya dengan yakin termasuk Hana. Sebaik sahaja mereka semua selesai memperkenalkan diri, Noah melakukan sesi soal jawab bersama pelajarnya.

"So, is there anything you guys want to ask about me? Or something that you guys want to know about me? Dalam bahasa melayu pun okay."

Ketika itu, seorang pelajar perempuan mengankat tangannya.

"Yes."

Noah memandang pelajar itu.

"Prof kenapa handsome sangat? Ada tips skincare tak?"

Soalan itu membuatkan Noah dan para pelajar di dalam dewan kuliah itu tertawa.

"Handsome ke saya ni? Mana adalah. Biasa-biasa je. Kalau skincare routine, saya just pakai set Mary Kay for men."

Ketika itu ramai dah pelajar perempuan duk tersengih-sengih memandang muka pensyarah mereka. Hana tidak terusik langsung dengan kekacakkan pensyarahnya itu. Memanglah muka Noah tu bersih tanpa sebarang jerawat tapi bagi Hana, Nuh tetap yang paling kacak!

Ketika itu, ada seorang lagi pelajar perempuan yang mengangkat tangannya.

"Umur prof berapa and prof dah ada isteri ke?"

Uish! Soalannya terlampau jujur. Sekali lagi, Noah tersenyum sendiri.

"Umur saya 28 and i still single plus ready to mingle."

Dengar sahaja jawapan Noah, ramai pelajar perempuan mula bersorak kecil. Suka sangatlah pensyarah yang menjadi kegilaan universiti mereka ini masih single.

"So, is there anything else?"

"No, prof."

"Okay then. So, semua boleh bersurai."

Para pelajar beransur-ansur keluar dari dewan kuliah itu termasuk Hana. Kelas keduanya pada jam sebelas pagi. Disebabkan sekarang ni baru sahaja pukul sembilan, Hana pergi ke kafe untuk mengisi perutnya.

***

"Terima kasih."

Hana mengambil pesanannya itu. Untuk makan pagi, Hana hanya mengisi perutnya dengan sandwhich dan teh panas. Melihat sandwhich yang ada di tangan membuatkan dirinya teringat pada Nuh. Kebiasaannya, Nuh lebih memilih untuk makan roti berbanding makanan berat untuk sarapan pagi. Hrm, perkara sebegini membuatkan Hana merindui suaminya.

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now