Bab 26

1.4K 157 5
                                    

Votelah and komen tau! Ehek! ;)

Selesai mandi, Hana masuk ke dalam bilik. Ketika itu, rakan sebiliknya sudah sampai dan sedang duduk di birai katil sambil melihat telefon pintarnya.

"Hai."

Hana mula menegur rakan sebiliknya itu.

"Hai."

Dia membalas kembali.

"Nama saya Hana. awak?"

"Hanim."

Hana hanya menganggukkan kepalanya.

"Awak ambik course apa?"

"Diploma pendidikan awal kanak-kanak. Awak pula?"

"Saya ambik diploma pengurusan perhotelan."

Ketika itu, pintu bilik Hana dibuka luas.

"Hana!"

Hana menjegilkan matanya pada Arin. Suka-suki je terjah bilik orang macam tu. Kalau dia bersendirian tak mengapa, ni ada rakan sebiliknya.

"Eh sorry. Tak tau pula roommate kau dah ada."

Arin masuk ke dalam bilik Hana dan duduk di sebelahnya.

"Nama apa? Course apa?"

"Nama saya Hanim. Course pengurusan perhotelan."

"Oh, okay. Lagi satu, tak payahlah bersaya awak. aku kau je selesa."

Hana memandang Hanim selepas Arin mencadangkan perkara itu.

"Ha, betul tu."

"Okay. tulah. Aku pun kekok nak bersaya awak."

Mereka bertiga sama-sama tertawa.

"Hana, malam ni nak makan kat luar ke tapau?"

"Tapau jelah. Aku malas nak makan kat luar."

"Okay, cun."

Ketika itu, Arin melihat satu bantal yang tidak pernah dia nampak sebelum ini ada di atas katil Hana.

"Siapa bagi lady bug tu?"

"Oh. Siapa lagi?"

Melihat Hana yang tersengih macam kerang busuk itu membuatkan Arin dapat meneka siapa pemberinya.

"Podah! Aku bagi beruang kat kau sebelum ni kan? Mana bear tu?"

"Beruang tu aku tinggal dekat rumahlah. Besar sangatlah nak bawa datang sini."

Arin mencebik dengan jawapan Hana. Ketika itu, perbualan mereka disampuk.

"Korang memang dah kawan sebelum masuk sini ke?"

Hanim mula menyoal apabila melihat kemesraan Hana dan Arin.

"Haah. Kitorang berkawan dari sekolah menengah."

"Patutlah mesra semacam."

Hana dan Arin hanya tersenyum.

"Oh, malam ni kau nak gerak sekali dengan kitorang tak?"

Arin bertanya pada Hanim.

"Boleh juga. Kalau macam tu, aku mandilah kejap."

Hanim mengambil tualanya dan beransur untuk membersihkan diri. Hana dan Arin berbual berdua.

"Hanim tu tau tak yang kau dah kawin?"

Arin bertanya pada Hana selepas sedap berbaring di atas katil Hana.

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now