Bab 33

1.4K 148 2
                                    

Vote and comment tau ;)

Hana terjaga daripada tidurnya apabila dia merasakan sesuatu yang memberati tubuhnya. Ternyata tangan sasa Nuh yang sedang memeluk tubuh kecilnya itu. Hana tidak terus bangun daripada katil sebaliknya merenung wajah bersih Nuh. Entah kenapa Hana rasa sangat takut sekarang. Seperti sesuatu yang teruk akan terjadi.

Berpisah dengan suami? Itu perkara yang tidak mampu Hana bayangkan ketika ini. Cukuplah dia hilang kasih sayang keluarganya. Hana mendekatkan wajahnya kepada hidung Nuh sebelum dikucup kejap hidung mancung suaminya.

"Saya sayang awak."

"Saya sayang awak juga."

Hana terkejut apabila Nuh membalas kata-katanya itu.

"Abang dah sedar?"

Nuh hanya mengukir senyuman nipis sebelum menarik tubuh Hana masuk ke dalam pelukannya. Mata pula masih dipejam. Hana hanya membalas pelukan suaminya itu.

"Abang pun sayangkan awak. Jangan fikir pasal perpisahan kerana perkara itu pasti berlaku. Tapi fikirkanlah tentang perkara yang akan membuatkan kita bertemu semula selepas perpisahan tu."

Selepas itu, Nuh mengucup ubun-ubun isterinya. Hana hanya memahami maksud suaminya itu. Perpisahan yang pasti itu adalah mati. Pertemuan selepas perpisahan itu adalah di syurga. Pasti sahaja mereka mahukan pernikahan mereka ini berkekalan sehingga ke syurga. Setiap pasangan yang sudah bernikah pasti menginginkan hal yang sama. Terciptanya satu ikatan yang halal di dunia dan berkekalan hingga ke syurga.

Nuh meleraikan pelukan mereka dan memandang wajah lembut isterinya.

"Jom kita solat tahajjud dulu alang-alang dah terjaga ni."

Hana menganggukkan kepalanya. Mereka berdua bangun dan bersiap-siap untuk bertahajjud sementara menunggu waktu solat subuh.

***

Nuh mendengar bacaan al-quran isterinya itu. Jika terdapat kesalahan, Nuh menegur dengan baik. Selepas memeriksa bacaan si isteri, mereka berdua bersama-sama membaca surah al-Kahfi memandang hari ini adalah hari jumaat. Selesai sahaja membaca surah al-Kahfi, Nuh mula membuka cerita sedikit tentang kebaikan surah itu.

"Surah Al Kahfi ni ada banyak kebaikannya dan seperti ramai orang tahu, kalau kita amalkan surah al-Kahfi, kita akan dielakkan daripada fitnah dajjal. Tapi, betul ke surah Al-Kahfi ni digalakkan baca setiap kali hari jumaat?"

Nuh bertanya kepada Hana yang setia mendengar perkongsiannya itu.

"Betul."

"Bukti? Ada hadis yang meriwayatkan macam tu?"

Soalan Nuh itu membuatkan Hana mengangkat bahunya. Nuh hanya tersenyum nipis.

"Adalah, sayangku."

Hana tersenyum manis apabila Nuh memanggilnya sebegitu.

"Dari Abu Said Al-Khudri ra, Nabi SAW bersabda dan mafhumnya, barangsiapa membaca surah Al-kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh dirinya dan Baitul 'atiq. Baitul 'atiq itu didefinisikan sebagai nama bagi Kaabah yang membawa erti rumah kemerdekaan. Kadang-kadang juga disebut Baitullah-Alharam kerana terletak ditengah-tengah tanah haram di Mekah. Perkara ini disebut dalam kitab Sunan Ad-Darimi."

"Selain itu, Saidina Umar ra juga pernah berkata, Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangkan kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat. Sayang tahu tak apa maksud diantara dua jumaat?"

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now