Bab 13

1.4K 187 0
                                    

Votelah dulu ;)

Berdentum-dentum guruh pada malam itu. Kilat juga turut menyambar. Hujan yang terlalu lebat itu membuatkan keadaan menjadi sangat seronok untuk melelapkan mata dengan lebih lena. Tetapi tidak Hana.

Dentuman demi dentuman yang kedengaran itu membuatkan badannya menggigil dan menggeletar hebat. Dia sangat takut ketika ini. Bayangan itu muncul lagi. Bayangan yang mengantuinya sejak beberapa tahun lepas itu membuatkan dia menjerit sendirian di bawah comforter miliknya itu.

"Berhenti! Sakit! Tolong!"

Hanya itu yang berulang daripada mulutnya. Hasya tertidur di ruang tengok tv dan ahli keluarganya yang lain turut berlayar ke alam mimpi meninggalkan dia berteriak seorang diri di dalam bilik.

Tangisannya bergema di dalam bilik itu. Rasa takut ini bukan ketakutan yang normal. Terlalu takut. Bantal yang besar dan berbentuk beruang itu yang menjadi penemannya tatkala rasa takut ini muncul.

"Sakit! Sakit! Sakit!"

Perkataan itu diulang banyak kali. Setiap kali dentuman itu didengarinya, itulah perkataan yang diulangnya.

Telefon Hana berdering. Apabila melihat nama si pemanggil, laju sahaja Hana menjawab panggilan itu.

"Arin...tolong aku. Sakit, Rin..."

"Hana! Tarik nafas kau dalam-dalam. Jangan bayangkan perkara tu."

Arin menjadi cemas apabila mendengar suara tangisan Hana. Rasa berdosa kerana dia tiada bersama sahabatnya sekarang.

"Sakit..."

Untuk kesekian kalinya, itu yang Hana ungkapkan. Hana kembali menangis dengan teresak-esak. Kenapa perlu malam ini? Esok dia perlu mengambil keputusan SPM tetapi kenapa malam ini perlu hujan dengan lebat? Kenapa malam ini perlu adanya guruh yang menjadi punca peristiwa hitam itu terlayar di fikirannya? Kenapa?

"Hana, tenang. Aku ada dengan kau ni. Takda sesiapa yang akan sakitkan kau. Jangan risau. Aku ada."

Arin sedaya upaya memujuk Hana untuk bertenang. Risau jika perkara dulu berulang. Selepas esakkan Hana semakin sayup, Arin cuba untuk mendodoikan Hana dengan zikir untuk menenangkan hati sahabatnya yang terganggu ketika ini.

Selepas lima belas minit, Hana kembali hanyut ke alam mimpi. Arin yang sudah mendengar nafas tidur Hana kembali stabil memanjatkan rasa syukur.

Ya allah, engkau jagalah hati dan perasaan sahabatku ini.

***

"Semua ni jadi sebab kau!"

"Aku tak salah!"

Nafasnya turun naik sebaik saja dia sedar daripada mimpi itu. Hana menangis lagi untuk kesekian kalinya.

"Aku tak salah..."

Hana mengulang perkataan itu banyak kali berselang-seli dengan tangisannya yang semakin lebat itu. Secara tiba-tiba pintu biliknya itu dibuka luas dan serta-merta bilik itu terang-benderang dengan cahaya lampu.

"Kau kenapa macam orang gila ni?"

Hasya bertanyakan hal itu apabila melihat Hana yang sedang berpeluk tubuh di atas katil itu. Hana tersedar daripada bayangannya itu segera membereskan tempat tidurnya.

"Kak, ibu dengan ayah ikut kau ambik result harini. Lepas ayah hantar aku, terus pergi sekolah kau."

Hasya terus masuk ke dalam bilik air untuk bersiap-siap ke sekolah. Hana pula bagai tersedar daripada dunianya sendiri itu mula untuk menyiapkan baju untuk dipakai. Hari ini hari yang penting. Dia tidak mahu kelihatan lemah.

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now