Bab 4

1.5K 210 2
                                    

Votelah duluuu ;)

Tok! Tok!

Pintu bilik kerja jejaka itu diketuk.

"Masuk."

Pintu dibuka, setiausahanya masuk dan berdiri di hadapan tuannya.

Jejaka itu mengangkat wajahnya dan bersandar di kerusi.

"Anything?"

Katanya sepatah.

"Erm, tan sri nak jumpa tuan Nuh dekat pejabat tan sri."

"Okay."

Nuh bergerak ke bilik Tan Sri Nazim selepas lima minit. Pintu bilik ayahnya diketuk sebelum masuk ke dalam bilik itu.

"Eh, Ariyan! Duduk sini. Papa nak cakap hal penting dengan Iyan."

Nuh mengambil tempat di hadapan Tan Sri Nazim.

"Apa dia, papa? Macam urgent je."

"Papa nak Iyan pergi Kuantan. Hotel kita yang dekat sana ada masalah. Papa tak tahu dekat mana salahnya tapi manager hotel dekat sana macam mencurigakan. Papa nak Iyan pergi sana untuk pantau keadaan hotel tu for three months."

"Okay, pa. No prob. Papa nak Iyan pergi bila?"

Tan Sri Nazim melihat kalendar sebelum matanya kembali memandang Nuh.

"Tomorrow?"

"Okay. Ni papa tak balik lagi ke? Dah lewat ni."

Jam di atas meja Tan Sri Nazim sudah menunjukkan angka lima di hadapan. Lelaki yang sudah memasuki umur di awal 50-an itu tersenyum senget.

"Papa memang nak balik dah. Iyan tu? Kerja sampai malam lagi?"

Nuh mengusap belakang tengkuknya.

"Alah, pa. Salah ke?"

"It's not wrong, son. Cuma Iyan tak bolehlah macam ni hari-hari. Bila papa nak ada menantu kalau anak papa ni asyik dengan kerja?"

Nuh terkedu.

"Papa! Apa ni? Iyan muda lagilah nak fikir kawin apa semua."

"Muda? Muda apanya umur Iyan dah 24 tahun. Masa yang sesuai untuk kawin."

"Abang dah 28, pa. Papa tak nak pula suruh abang kawin."

"Abang kamu tu degil. Sibuk nak belajar sampai PHD. Biarlah dia. Iyan tu. Dah ada kerjaya, dah ada segalanya. Boleh kawin sangat tau."

Nuh mengeluh. Kalau cakap pasal kawin dengan papanya ini tidak pernah akan berakhir.

Nuh Ariyan Hariz.

Nuh adalah panggilan untuk semua orang luar yang tidak mempunyai hubungan darah dengannya. Keluarganya pula memanggilnya Iyan.

Nuh bergraduat sebulan yang lalu. Kerja dan belajar pada masa yang sama bukanlah perkara yang mudah namun Nuh sanggup menghadapinya demi membantu ayahnya yang memerlukan bantuannya di syarikat.

Menyandang jawatan sebagai pegawai eksekutif di syarikat hotel pada usia ini bukanlah mudah. Namun, Nuh membuktikan bahawa dia mempunyai kredibiliti yang tinggi dan sangat amanah dalam menjalankan tugasnya.  Nuh juga paling benci dengan orang yang tidak amanah dan tidak jujur dalam melakukan tugas. Senang cerita, Nuh memang agak bengis dengan pekerjanya.

XXX

Jangan tanya kenapa chapter ni pendek sebab memang sengaja nak buat pendek hohohoho!🤪 Okaylah. Tunggu chapter seterusnya tau!😚💫

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now