Bab 23

1.6K 185 2
                                    

Votela duluuuu ;)

"Ayah. Kami balik dulu."

Hana dan Nuh meminta izin pulang. Mereka berangkat selepas sarapan pagi. Tan Sri Nazim dan Puan Sri Diyana terus pulang ke Johor selepas majlis semalam kerana Tan Sri Nazim mempunyai urusan yang tidak boleh dielakkan.

"Jaga Hana baik-baik."

Hanya itu pesan Encik Malik. Nuh mengerling kejap ke arah isterinya sebelum memandang kembali ayah mertuanya itu.

"Baik, ayah. Nuh janji Nuh akan jaga anak ayah sebaik mungkin."

Encik Malik hanya tersenyum nipis.

"Ibu tak nak keluar ke, ayah?"

Hana mula bertanyakan tentang itu. Encik Malik hanya menghela nafas berat.

"Biarlah ibu kamu tu. Nanti ayah kirim salam pada dia."

Hana hanya mendiamkan diri. Sudah lama dia tidak dengar ayahnya berbicara dengan dirinya selembut itu. Dalam pada itu, Hana juga kesal kerana ibunya semakin menjauh.

"Ibu tak nak jumpa Hana eh, ayah? Ibu marah lagi ke dengan keputusan Hana ni?"

"Ayah dah cakap jangan fikir pasal ibu kamu tu. Nanti ayah pujuk. Sekarang ni, fokus pada suami kamu je."

Hana hanya mendiamkan diri. Air matanya bergenang. Perasaannya sebak. Di saat dia sudah mempunyai keutamaan yang lain, ayahnya melayan dirinya dengan baik. Di saat syurganya bertukar kepada suami, ibu semakin menjauh. Air mata yang bertakung itu ditahan sebaik mungkin supaya tidak menitis.

"Baiklah, ayah. Terima kasih atas nasihat ayah. Hari Hana daftar masuk universiti, ayah dengan ibu datang?"

Encik Malik hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab.

"Takpelah kalau macam tu. Hana dengan Nuh pergi dulu. Assalamualaikum."

Hana bersalaman dengan ayahnya dan terus berjalan masuk ke dalam kereta. Nuh mengikuti langkah isterinya itu selepas bersalaman dengan ayah mertuanya.

Masuk sahaja dalam kereta, suasana diantara mereka sepi. Nuh juga tidak mencuba untuk bersuara kerana sedar akan perubahan emosi isterinya. Hana pula hanya melemparkan pandangan ke luar tingkap. Mendiamkan diri sepanjang perjalanan.

Ibu, kenapa ibu benci sangat pada Hana? Apa salah Hana, bu?

Air matanya mengalir sebaik sahaja perkara itu terdetik di hatinya.

**

Melihat jam yang sudah hampir mahu masuk waktu zohor, Nuh memberhentikan keretanya di kawasan RnR. Selepas meletakkan kereta, Nuh melihat Hana yang masih lena dalam tidurnya. Tali pinggang dibuka dan dia menatap wajah isterinya itu. Pipi Hana dibelai lembut dan dapat Nuh rasa pipi gebu itu sedikit kesat kerana air mata yang mengalir.

"Saya akan jaga awak. Saya akan lindungi awak daripada disakiti. Saya sayangkan awak."

Kata-kata itu diucap sambil tangan kasar itu mengelus pipi isterinya. Secara tak langsung, perkara itu menyebabkan Hana terjaga. Nuh hanya tersenyum apabila melihat gadis itu terpisat-pisat membuka matanya.

"Kenapa berhenti?"

"Zohor dah nak masuk. Solat awallah senang."

Hana hanya mengangguk perlahan sebelum sedar tangan Nuh masih setia di pipinya. Tangan itu dipegang dan diturunkan.

"Kenapa?"

Hana bertanya sambil memandang wajah Nuh.

"Saja. Awak nampak macam baby bila awak tidur."

✅ My Half Cinderella Onde histórias criam vida. Descubra agora