Bab 16

1.5K 177 1
                                    

Votelah dulu ;)

Sementara menunggu Arin menyelesaikan kerjanya, fikiran Hana melayang kepada peristiwa tengah hari tadi.

"Sesuailah cincin mama dengan Hana. Saiz jari kita sama."

Puan Sri Diyana yang tiba-tiba menyarungkan cincinnya di jari manis milik Hana menyentakkan gadis itu.

"Kenapa ni mama?"

Hana bertanya soalan itu selepas cincin itu dicabut daripada jari manisnya.

"Saja. Tangan Hana kosong. Kalau diikutkan, umur macam Hana ni dah ada barang kemas. Yelah macam semangat untuk masuk ke alam pelajar tinggi. Tak suka barang kemas eh?"

"Suka je mama cuma belum ada rezeki lagi kut nak pakai. Keluarga Hana sederhana je."

Puan Sri Diyana hanya tersenyum.

"Mama dulu teringin nakkan anak perempuan. Yelah, dapat anak perempuan boleh pakaikan dia emas, dressing cantik-cantik. Bila mama dengan Hana, mama rasa mama ada anak perempuan. Feeling dia macam mama tengah bercakap dengan anak sendiri."

Hana tersentuh dengan luahan Puan Sri Diyana. Andai sahaja ibu layan aku macam ni.

"Mama boleh je anggap Hana ni anak perempuan mama."

"Anggap je? Kalau jadi terus tak nak?"

"Maksud mama?"

Puan Sri Diyana menjuihkan mulut ke arah Nuh yang sedang mencari kot bersama Tan Sri Nazim di sebuah butik.

"Anak bongsu mama tu single lagi. Hana tak nak cuba dapatkan hati dia?"

Tersedak Hana mendengar pertanyaan Puan Sri Diyana. Takkanlah masa perjumpaan pertama ni dia dah kena merisik?

"Mama ni. Hana tak sesuailah untuk Nuh. Keluarga mama orang yang ada nama, ada pangkat. Hana ni orang biasa je, mama."

Tangan Hana diraih. Wajah lembut itu dipandang.

"Hana, mama dengan papa tak pernah kisah pasal pangkat atau nama. Bagi kami, itu bonus dan rezeki yang Allah nak bagi. Iyan pun tak pernah bezakan darjat mana-mana orang. Kalau Hana jadi menantu mama, mamalah orang yang paling beruntung sebab dapat menantu yang baik macam Hana. Iyan pun beruntung sangat sebab dapat isteri yang baik macam Hana. Mama yakin Hana sedar tentang perasaan Iyan. Tak nak terima Iyan?"

Hana hanya mampu tersenyum dengan kata-kata Puan Sri Diyana. Apa yang ada pada dirinya sehingga mama boleh berkata sebegitu? Terima Nuh? dia baru kenal Nuh tu tak sampai dua bulan. Takkanlah dah boleh terima?

Habistu jantung siapa yang asyik buat hal bila nampak Nuh senyum tu apa maksudnya? Rasa selesa bila dengan lelaki itu. Apa maksudnya? Bukan ke suka?

Dan ya. Hana sedar akan sikap Nuh yang ambil berat tentangnya. 

Haih!

"Woi! Kau ni mengeluh je kerjanya. Berdosa tau mengeluh banyak sangat."

Arin yang menyergah Hana itu membuat bahu Hana terangkat.

"Kepala hotak kau sergah aku macam tu! Sakit jantung aku!"

Arin dah bantai mengekek sampai terhinjut-hinjut bahu.

"Macam mana date kau tadi? Seronok ke?"

Mata Hana membesar. Dia hampir lupa yang Arinlah punca terjadinya adegan tengah hari tadi.

"Hah! Yang kau pandai-pandai je call Nuh kata ada kerja apahal? Sebab kau, aku kena jumpa mama papa Nuh tau! Tergagap-gagap aku."

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now