Bab 20

1.6K 184 6
                                    

Votelah duluuuu ;)

Seluruh keluarga Hana berkumpul di ruang tamu. Hana tidak dibenarkan ada di ruang itu jadi dia hanya duduk di dalam bilik.

"Apa maksud kau nak kawin dengan anak aku? Kau siapa?"

Encik Malik mula menyoal Nuh di hadapannya.

"Nama saya Nuh Ariyan Hariz. Pakcik boleh panggil saya Nuh. Saya dah lama sukakan Hana sejak kami pertama kali jumpa. Saya tak luahkan perasaan saya pada Hana kerana saya rasa macam terlalu awal untuk semua tu. Tapi bila saya tengok keadaan dia hari ni, saya nak nikah dengan dia."

Nuh terang panjang lebar agar tiada lagi salah faham yang berlaku. Dia tidak mahu Hana diseksa sebegini lagi.

"Kau kenal dengan Hana berapa lama?"

"Dekat empat bulan."

"Lepastu kau minta nak nikah dengan dia? Paling-paling setahunlah kalau nak bercinta pun."

Nuh tersenyum sinis dengan jawapan Hadif.

"Saya dah buat istikharah berkali-kali sejak saya yakin dengan perasaan saya pada Hana dan jawapannya tetap sama. Saya nak Hana jadi isteri saya."

"Apa pekerjaan kau?"

"Saya hanya pegawai hotel, makcik."

Melihat semua mendiamkan diri, Nuh meletakkan cincin di atas meja.

"Saya nak berikan cincin ni pada Hana sendiri. Kalau makcik dan pakcik izinkan, boleh panggil Hana?"

Walaupun tiada jawapan kata putus yang lamaran Nuh diterima, dia dapat menilai daripada riak wajah orang tua Hana. Sudah pastilah orang tuanya tidak akan membenarkan Hana menerima lamaran ini. Kerana menhormati Nuh sebagai tetamu, Puan Halimah masuk ke dalam bilik Hana untuk memanggil gadis itu.

"Lelaki tu nak jumpa kau dekat luar. Dia nak bagi kau cincin. Aku nak cakap ni. Jangan pandai-pandai kau terima cincin. Kau tu tak layak lagi nak jadi isteri orang. Belajar pun tak habis lagi ada hati nak jadi isteri orang."

Kata-kata Puan Halimah itu bagaikan angin yang berlalu. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Hana tidak mempedulikan apa yang ibunya kata kerana dia sudah ada jawapan sebaik sahaja dia mendengar soalan gila Nuh tadi.

Hana berjalan keluar daripada bilik itu untuk memberikan jawapan kepada Nuh. Hana hanya dibiarkan berdiri. Tiada sesiapa yang mahu bangun daripada tempat duduk. Oleh itu, Nuh juga turut berdiri dan berjalan ke arah Hana. Kotak baldu merah itu dibuka.

"Jadi isteri saya?"

Mata Hana tertumpu pada cincin itu. Cincin itu adalah cincin yang sama yang Nuh beli ketika mereka keluar berdua kononnya cincin itu untuk mama.

"Nak. Saya nak jadi isteri awak."

Hana tidak soal banyak malah terus menerima lamaran itu. Arahan ibunya tadi diingkar. Ketika itu, satu adegan heboh berlaku. Kepala Hana ditunjal kuat oleh ibunya. Mujur saja Nuh sempat menyambut gadis itu.

"Aku suruh kau tolak lamaran tu! Kenapa kau terima? Dah pandai melawan cakap aku. Nak jadi anak derhaka ke?"

"Makcik! Kenapa makcik layan Hana macam sampah? Dia ni anak makcik."

"Siapa cakap dia ni anak aku? Dia ni cumpa perempuan yang tak kenang budi! Aku nak ajar dia. Perempuan tak tahu malu ni kau nak jadikan isteri? Anak derhaka ni?"

Nafas Puan Halimah naik turun akibat dia menjerit kepada Hana.

"Ya, ibu! Hana memang anak derhaka! Hana anak tak guna. Hana yang berdosa. Hana anak yang gagal sebab tak pernah nak banggakan ibu dan ayah. Memang salah Hana. Jadi anak derhaka depan ibu ni cuma minta satu perkara je. Izinkan Hana kahwin dengan Nuh. Lepas ni, Hana takkan minta apa-apa dari ibu dan ayah. Hana minta ibu dan ayah lepaskan Hana. Tolong, ibu, ayah. Lepaskan Hana."

Hana melutut di kaki ibunya supaya mengizinkan dirinya bernikah dengan Nuh. ini saja jalannya agar dia bebas daripada neraka yang dicipta oleh keluarganya ini.

"Kalau kau nak sangat, kawin dengan lelaki ni, aku izinkan. Kau jangan malukan aku. Jaga suami kau baik-baik."

Encik Malik memberi kata putus.

***

Hana dirawat di hospital dan dijaga baik oleh Arin. Nuh meletakkan syarat pada keluarga Hana untuk membiarkan rawatan Hana berjalan tanpa sebarang gangguan sebelum majlis akad nikah mereka. Kos perbelanjaan juga akan ditanggung sepenuhnya oleh Nuh. Mama dan papa Nuh juga sudah diberitahu tentang keadaan di sini dan sedang menguruskan urusan majlis nikah mereka.

Sepanjang tempoh rawatan Hana juga, Nuh tidak mengizinkan mana-mana ahli keluarga Hana untuk bertemu dengannya. Niatnya mahu menyedarkan ahli keluarganya yang Hana itu juga manusia biasa yang masih ada perasaan untuk dijaga.

Arin tidak putus-putus mendoakan agar Hana sedar. Sedari malam semalam. Hana tidak sedarkan diri. Tak lama lepas tu, tangan Hana melakukan pergerakan kecil membuatkan Arin memandang sahabatnya itu.

"Hana, kau dah sedar?"

"Arin."

Air mata Hana mengalir apabila wajah Arin menghiasi pandangannya.

"Hey, kenapa kau nangis ni? Aku ada kat sini."

"Aku ni anak derhaka ke? Ibu cakap aku anak derhaka. Aku akan masuk nereka ke, Arin?"

Hana teringat tentang apa yang dia ucap kepada ibunya. Rasa berdosa yang teramat apabila dia teringat bahawa mulutnya itu lancang menyakitkan perasaan ibunya.

"Hana, kan aku dah cakap. Kau anak yang baik. Kau bukan anak derhaka. Semua ni salah faham je."

"Aku nak jumpa ibu, Rin. Aku nak minta maaf dekat ibu."

Riak wajah Arin berubah apabila mendengar permintaan Hana.

"Hana, aku bukan tak nak bawa ibu jumpa kau tapi Encik Nuh tak bagi keluarga kau datang jenguk kau sampailah kau stabil."

"Kenapa, Arin? Aku nak jumpa ibu ayah."

Belum sempat Arin mahu menjawab, ada satu suara yang menjawab persoalan itu.

"Sebab saya nak mereka tahu yang mereka masih ada anak perempuan yang perlu dijaga perasaannya."

Nuh berjalan masuk dan berdiri di sebelah Arin. Erm, petanda kena blah ni. Jadi, Arin bangun dan meninggalkan mereka berdua. Pintu tidak ditutup bagi mengelakkan fitnah berlaku.

Nuh duduk kerusi dan wajah Hana dipandang.

"Kenapa awak sembunyikan perkara ni daripada saya? Awak cakap kita kawan. Jadi, kawan takkan ada rahsia diantara mereka. Lebih-lebih lagi saya punca pada semua ni."

"Saya tak nak susahkan awak, Nuh. Saya tak nak awak risau."

Suara Hana bergetar kerana menahan tangis.

"Mulai sekarang, saya nak awak susahkan saya. Saya nak awak cakap pada saya semua perkara yang awak rasa, apa yang awak nak. Saya akan buat semuanya untuk awak asalkan saya dapat tengok love bug saya ni ceria semula."

Hana menangis juga selepas mendengar luahan Nuh. Hati wanitanya tersentuh. Kenapa perhatian ini dia tidak boleh dapat melalui keluarganya sendiri?

"Kenapa awak buat semua ni?"

"Sebab saya sayangkan awak. Dari first time kita duduk semeja, hati saya selalu menuntut untuk jadikan awak hak saya. Saya janji. Selagi Allah benarkan saya bernafas, saya akan buat awak bahagia, love bug."

Hana tersenyum dengan luahan cinta Nuh. Cinta Nuh terlalu ikhlas. Ya Allah, ini ke kebahagiaan yang engaku beri sebagai ganti penyeksaan aku selama ini? Jika inilah hadiah yang engkau berikan, akan ku jaga dia. Terima kasih, ya allah.

XXX

Saje update. Sebab bosan🎯
7 chapter harini😂

✅ My Half Cinderella जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें