Bab 31

1.4K 146 8
                                    

Vote and komen tauuu ;)

"Ish! Semaklah! Apasal dia balik cepat sangat? Dah puas honeymoon ke?"

Hariz berbicara sendiri di dalam biliknya. Dia masih sakit hati dengan Nuh. Mujur saja Taufik belum tahu hubungan sebenar mereka. Kalau tidak, habis dirinya diketawakan. Hariz mendengus kasar.

"Along? Kenapa kuat sangat mendengus tu?"

Puan Halimah masuk ke dalam bilik anak sulungnya itu dan duduk di birai katil.

"Takde apalah, ibu. Along rasa menyampah dengan Nuh tu. Sibuk nak mengarah orang. Along tahulah buat kerja along macam mana."

Puan Halimah mengerutkan dahinya.

"Nuh? Apa kaitan lelaki tu dengan kerja along?"

"Ibu tak tahu ke? Nuh tu anak kepada pemilik hotel yang along bekerja tu. Nuh tak bagitahu ibu lagi? Dah nak dekat sebulan dorang nikah, takkan ibu tak tahu lagi?"

Puan Halimah agak terkejut dengan apa yang dikatakan Hariz.

"Nuh anak pemilik hotel tu? Encik Nazim tu pemilik hotel yang along bekerja sekarang?"

"Yalah, ibu. Lagi satu. Tan Sri Nazim, bukan Encik Nazim."

"Apa?!"

Puan Halimah memang terlalu terkejut dengan kenyataan ini. Selama ini, dia hanya berfikir bahawa Nuh itu pegawai hotel biasa saja. Rupa-rupanya, anak tan sri.

"Kenapa si Hana tu tak bagitahu ibu yang suami dia tu anak tan sri?"

"Kalau dia bagitahu awak pun, awak nak buat apa?"

Encik Malik mencelah perbualan mereka dua beranak.

"Abang tahu yang menantu awak tu anak tan sri?"

"Mestilah saya tahu."

Puan Halimah mendekati suaminya itu.

"Kenapa awak tak bagitahu saya? Kenapa biarkan je budak lelaki tu tipu kita?"

"Dia tak tipu. Dia cuma tak bagitahu jawatan dia saja. Lagipun, betullah dia tu pegawai hotel. COO hotel pun salah satu jawatan pegawai. Awak nak marah-marah kenapa?"

"Memanglah saya marah sebab saya benci orang penipu dan tak jujur dengan saya!"

Puan Halimah meninggikan suaranya kemudian berlalu masuk ke dalam bilik. Hariz yang melihat adegan itu mula bersuara.

"Dah kalau keturunan tu keturunan penipu, menantu yang dapat tu pun kaki penipu."

Hariz berkata dengan nada yang sinis. Encik Malik yang mendengar perkara itu cuba mengawal kemarahannya.

"Apa kau nak cakap ni? Apa maksud kau keturunan penipu? Siapa penipu?"

Hariz bangun dan mendekati ayahnya itu.

"Ayah, perempuan tua tu dengan anak sulung perempuan ayah tulah penipu."

Hariz berlalu masuk ke dalam bilik air. Encik Malik mengepal penumbuknya. Geram dengan kenyataan anak sulungnya itu.

***

Minggu pembelajaran Hana masih berjalan dengan lancar. Syakir pula masih belum berputus asa untuk menambat hati Hana yang sudah menjadi milik orang. Penat juga Hana mahu mengelak daripada Syakir.

Hana duduk di lobby louge sendirian. Penat dia mahu berfikir tentang assignment yang tengah belambak. Padahal baru masuk minggu ketiga. Hana memikirkan perkara yang berlaku dalam kelas english for communication sebentar tadi.

✅ My Half Cinderella Where stories live. Discover now